
7 kematian dalam tahanan hanya dalam 35 hari pertama tahun ini!
Setakat hari ini, tiada jawapan yang diberikan oleh pihak polis selain menjanjikan siasatan dilakukan.
Namun, tiada satu hasil siasatan dikongsikan hingga hari ini. Kita mahukan jawapan tentang bagaimana dan punca kematian-kematian ini berlaku.
ENOUGH IS ENOUGH!
Keluarga mangsa berhak tahu punca kematian sebenar keluarga mereka yang mati sewaktu dalam jagaan polis!
Kerana itu satu suruhanjaya bebas IPCMC perlu wujud! Bukan hanya untuk keluarga mangsa tetapi juga bagi menjaga kredibiliti pihak polis sendiri.
IPCMC dapat memastikan siasatan yang telus dapat dijalankan menjawab persoalan rakyat dan membersihkan polis dari sebarang dakwaan salah laku.
PDRM perlukan IPCMC. Malaysia perlukan IPCMC. Untuk keamanan dan kesejahteraan polis dan rakyat.
SUARAM akan menyerahkan petisyen ini pada PDRM pada hari Jumaat (11 Februari).
Kami perlukan sokongan anda!
Tandatangan petisyen ini sekarang bagi mendesak kerajaan menubuhkan IPCMC segera!