Petition updatePMNC 2019

Update (22/4/2019)

Nur AdrianaMalaysia
Apr 21, 2019

Thank you for signing guys. We have emailed the organiser and cc it to YB Syed Saddiq. Keep sharing!

---------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada Tencent, Vivo Malaysia dan Yoodo atas penganjuran PUBG MOBILE Malaysia National Championship (PMNC) buat kali  kedua. Sekalung penghargaan juga untuk team Mineski yang menguruskan pendaftaran peserta untuk PMNC kali ini.

Seperti yang kita sedia maklum, sukan elektronik atau e-sukan semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Banyak kejohanan telah dianjurkan dan mendapat sokongan daripada pelbagai pihak swasta mahupun kerajaan dengan menyediakan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi.

Kementerian Belia dan Sukan juga mengiktiraf e-sukan sebagai satu bentuk sukan kompetitif di peringkat global. Ini dibuktikan apabila e-sukan dipertandingkan sebagai acara berpingat buat pertama kalinya pada Sukan SEA 2019 yang bakal diadakan di Filipina nanti.

Untuk pengetahuan pihak tuan/puan, pasukan RMC Esport telah berjaya mendapat tempat untuk pusingan kelayakan PMNC di Penang pada 15 Jun nanti (ARMSi Darkout). Tetapi masih banyak lagi pasukan yang belum mendapat tempat walaupun mereka telah menghantar nama pasukan mereka dengan lebih awal lagi. Ini mungkin kerana pertambahan pemain PUBG Mobile (PUBGM)  di Malaysia seiring dengan peningkatan populariti permainan ini.

Kami merasakan 64 slot yang disediakan di setiap pusingan kelayakan adalah tidak mencukupi untuk menampung permintaan pemain PUBGM di Malaysia. Oleh itu, kami daripada RMC Esport mewakili seluruh pemain PUBGM Malaysia ingin memohon supaya pihak penganjur dapat menambah slot penyertaan daripada 64 slot kepada 128 slot bagi setiap pusingan kelayakan untuk memberi peluang yang lebih adil kepada semua pemain PUBGM Malaysia.

Kami juga telah memfailkan petisyen di change.org dan boleh didapati di pautan ini http://chng.it/xdxQw4F6

Semoga permohonan kami mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak tuan/puan. Kerjasama daripada pihak tuan/puan saya dahului dengan ucapan terima kasih

Yang Menjalankan Tugas,

Nur Adriana

Setiausaha

RMC Esport

Copy link
WhatsApp
Facebook
Nextdoor
Email
X