Hormati Keputusan Mahkamah: Kerajaan Perlu Tarik Balik Rayuan Dan Laksana 40% Hak Sabah
The Issue
Hak Sabah untuk menerima 40% pulangan hasil bersih yang dikutip oleh Kerajaan Persekutuan di negeri ini adalah hak yang termaktub dalam Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Hak ini juga selari dengan semangat pembentukan Malaysia melalui Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Pada 17 Oktober 2025, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu telah membuat keputusan bahawa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah perlu meneruskan rundingan bagi memuktamadkan pelaksanaan tuntutan 40% tersebut. Mahkamah juga menetapkan tempoh rundingan selama 180 hari, yang bermaksud tarikh akhir rundingan ialah pada 15 April 2026.
Keputusan ini memberi harapan besar kepada rakyat Sabah bahawa hak perlembagaan negeri ini akhirnya akan dihormati dan dilaksanakan.
Namun keadaan menjadi mengelirukan apabila Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, menyatakan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak membuat rayuan terhadap tuntutan 40% tersebut.
Sebaliknya, menurut peguam dan bekas Presiden Sabah Law Society (SLS), Roger Chin bahawa dokumen rayuan yang difailkan oleh Kerajaan Persekutuan menunjukkan perkara yang bercanggah daripada kenyataan tersebut.
Percanggahan ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan rakyat Sabah bahawa proses ini mungkin akan terus dilengah-lengahkan melalui tindakan undang-undang.
Rakyat Sabah telah menunggu terlalu lama untuk hak ini dilaksanakan. Isu 40% bukan sekadar soal angka, tetapi soal keadilan perlembagaan, pembangunan negeri, dan masa depan rakyat Sabah.
Oleh itu, kami menyeru Kerajaan Persekutuan Malaysia untuk:
- Menarik balik serta-merta rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan tuntutan 40% Sabah.
- Menghormati keputusan Mahkamah Tinggi bertarikh 17 Oktober 2025.
- Memastikan rundingan dimuktamadkan sebelum atau pada 15 April 2026 seperti yang diarahkan oleh mahkamah.
- Melaksanakan pembayaran 40% hak Sabah tanpa sebarang penangguhan lagi.
Rakyat Sabah tidak mahu lagi janji atau penangguhan.
Tarik balik rayuan.
Hormati keputusan mahkamah.
Bayar 40% hak Sabah sekarang.
Kami menyeru semua rakyat Sabah dan rakyat Malaysia yang menghormati Perlembagaan untuk menandatangani petisyen ini sebagai tanda sokongan kepada keadilan dan hak Perlembagaan Rakyat Sabah.
4,805

Petition Updates
Share this petition
Petition created on 16 March 2026