
Latar Belakang
Associated Pan Malaysia Cement Sdn Bhd (APMC), anak syarikat YTL, merancang untuk memperluaskan operasi penggalian mereka ke kawasan berhampiran dengan Biara Gua Sakyamuni yang terletak di bahagian Gunung Kanthan yang belum terusik. Raksasa semen itu berusaha mengusir para sami dan pengikut dari biara gua yang telah berusia seabad itu melalui perintah mahkamah. Selama beberapa dekad, biara gua ini telah menjadi PEJAGA Gunung Kanthan.
Biara Gua Sakyamuni adalah Pertahanan Terakhir Gunung Kanthan
Kami memohon kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Nazrin Shah , Sultan Perak, YAB Menteri Besar Perak dan Kerajaan Negeri Perak untuk mengisytiharkan Biara Gua Sakyamuni sebagai tempat beribadat dan Gunung Kanthan sebagai warisan negara secara rasmi bagi membebaskan pihak kami daripada ancaman usiran dengan sebab-sebab berikut:-
1. Biara Gua Sakyamuni telah wujud lebih daripada satu abad. Biara Gua Sakyamuni di Gunung Kanthan berfungsi sebagai tempat perlindungan rohani bagi para sami dan ribuan pengikut.
Sejarah 100 Tahun Biara Gua Sakyamuni
Tambahan pula, patung Buddha yang tertanam di Biara gua adalah simbolik agama Buddha dan warisan Buddha yang luar biasa dan harta yang penting bagi pengikut agama Buddha di seluruh dunia.
Khazanah Tersembunyi di gua Gunung Kanthan yang berusia 500 juta tahun: PATUNG EMAS BUDDHA
2. Sebahagian kecil gunung Gunung Kanthan masih belum terusik; yang selebihnya telah digali. Bahagian yang kecil ini sesungguhnya merupakan habitat flora dan fauna yang tidak dapat dijumpai di tempat lain di dunia. Fakta ini telah disahkan oleh FRIM (Institut Penyelidikan Hutan Malaysia)
https://www.mapress.com/phytotaxa/content/2014/f/p00177p154f.pdf
Selain itu, penyelidik-penyelidik terkenal yang lain turut menemui organisma luar biasa di kawasan ini seperti: spesies siput Kanthan baru, tokek endemik dan Trapdoor Spider (Liphistius kanthan) yang merupakan spesis terancam
3. Isu kesihatan masyarakat berbilang kaum di kawasan sekitar (Dovenby, Kg. Ramasamy, Kg. Kanthan, Kg Baru Kanthan Lama, dan lain-lain) mesti dijaga supaya dilindungi daripada pencemaran udara dan pencemaran bunyi, apatah lagi kesan terhadap sistem sungai dan air bawah tanah. Selain itu, terdapat dua buah kuil Hindu di Gunung Kanthan.
Mohon sokonglah petisyen ‘Selamatkan Biara Gua Sakyamuni, Selamatkan Gunung Kanthan’ untuk menjaga keharmonian tempat ibadah pelbagai agama di sini dan memastikan persekitaran hidup yang sihat untuk komuniti berbilang kaum di sekitar Gunung Kanthan ini. Gunung Kanthan, tanpa keraguan, merupakan khazanah kurnian Tuhan yang tidak dapat diganti dan mesti dipelihara sebagai Harta Warisan Terpelihara. Kami juga ingin mendapatkan 1 juta penandatangan sokongan untuk petisyen ini
Walau bagaimanapun, pihak kami masih perlu menempuhi banyak cabaran seperti: perbelanjaan dan yuran guaman yang berkaitan dengan tuntutan mahkamah, kos pengeluaran media sosial, kos pentadbiran dan lain-lain. Justeru, kami ingin memohon sumbangan tuan/puan yang murah hati untuk menjayakan usaha “Selamatkan Biara Gua Sakyamuni dan Gunung Kanthan”. Jasa baik tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
"Chip In" adalah sumbangan kepada pihak change.org, bukan kepada pihak biara. Sekiranya tuan/puan ingin menyumbang secara langsung ke Kempen 'Selamatkan Gua Sakyamuni, Selamatkan Gunung Kanthan', sila rujuk butiran bank berikut.
Nama Akaun: Pertubuhan Penganut Agama Buddha Dhamma Sakyamuni Malaysia (Nama rasmi untuk Biara Gua Sakyamuni)
Nombor Akaun: 3221551107
Bank: Public Bank Berhad
Alamat Bank: Chemor Branch, 12-16, Laluan Chemor Sinaran, Desa Chemor Sinaran, 31200 Chemor, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Kod Swift: PBBEMYKL
Nombor Panggilan Telefon Bank: 05 – 201 1124, 05 – 201 1125
Kinta Valley Sakyamuni Caves Monastery
Gunung Kanthan Heritage of Malaysia
Website : https://www.saveourmonastery.com/
Youtube : https:/www.youtube.com/channel/UCBRG2iv_vIMYpeo_5SMWq5Q