� Terima kasih kerana menyokong team Mentega Terbang! �


Terima kasih kerana menandatangani dan mengkongsikan petisyen ini. Semalam kami turun ke Bukit Aman untuk bersetia kawan dengan team Mentega Terbang. Antara pelakon yang dipanggil ke Bukit Aman adalah pelakon utama yang baru habis SPM dan baru berusia 18 tahun. Bertabah hati, adik! Kami bersama anda! Kami hampir-hampir mencapai 1,500 tandatangan.
Jika setiap orang yang menandatangani petisyen ini mendapat 4 tandatangan lagi, kami akan melepasi sasaran kami untuk mendapat 5,000 tandatangan. Anda boleh guna mesej ini untuk mengkongsikan petisyen ini melalui media sosial ataupun WhatsApp:
Polis masih lagi memberi tekanan terhadap team produksi Mentega Terbang.
Semalam producer dan pelakon utama telah dipanggil ke Bukit Aman untuk merekod kenyataan mereka.
Ini adalah satu tekanan yang tidak wajar!
Tandatangan petisyen ini! Sebarkan petisyen ini! Bebaskan filem dari penjara pemikiran! change.org/MTsaferspaces