Hentikan Kemusnahan Hutan Tadahan Bakun (LPF/0056) – Lindungi Biodiversiti & Hak Adat

15

Let’s get to 25 signatures!
Petitions with 1,000+ supporters are 5x more likely to win!

The Issue

Teks Petisyen:
Kami yang bertandatangan di bawah ini, mewakili komuniti Penan, Kayan, Lahanan dan Kenyah di kawasan Bakun, membantah sekeras-kerasnya Projek Ladang Buluh (LPF/0056) yang diberikan kepada Rich Venture Plantation Sdn Bhd seluas 44,545 hektar di kawasan tadahan Empangan Bakun.

Sebab Bantahan:

  • Risiko Alam Sekitar: Hampir 90% hutan akan ditebang, dengan 53% larian air terus masuk ke Empangan Bakun, menjejaskan kualiti air, hakisan tanah akan megakibatkan empangan menjadi cetek, perikanan, serta keselamatan tenaga negara.
  • Kehilangan Habitat Spesies Terancam: Kawasan ini adalah tempat perlindungan terakhir bagi burung Enggang, Ungka, Kuang Raya, Harimau Dahan dan lain-lain spesies yang dilindungi sepenuhnya di bawah Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998.
  • Hak NCR Belum Diselesaikan: Terdapat tanah adat telah tenggelam akibat pembinaan Empangan Bakun tanpa pampasan penuh. Tanah yang tinggal seharusnya dijadikan tanah gantian untuk komuniti, bukan diberi kepada syarikat luar.
  • Pelanggaran Komitmen Antarabangsa: Malaysia adalah pihak kepada Konvensyen Kepelbagaian Biologi (CBD) yang mewajibkan pemuliharaan biodiversiti, penggunaan lestari sumber, dan pengiktirafan hak komuniti asal. LPF/0056 jelas bercanggah dengan komitmen ini.

Tuntutan Kami:

  1. Penggantungan segera lesen LPF/0056.
  2. Pengiktirafan hak NCR/NTD, termasuk tanah gantian bagi kawasan yang tenggelam tanpa pampasan.
  3. Penubuhan zon penampan kekal di sekeliling Empangan Bakun untuk melindungi hidrologi dan hidupan liar.
  4. Dialog telus antara kerajaan, komuniti, NGO dan SUHAKAM.

Sokongan untuk alternatif lestari seperti ekopelancongan, akuakultur dan perhutanan komuniti.

Dengan menandatangani petisyen ini, anda berdiri bersama kami untuk mempertahankan warisan semula jadi Sarawak, keselamatan Empangan Bakun, dan hak komuniti asal.

avatar of the starter
Denis Hang BilangPetition Starter“Social and human rights activist from Sarawak advocating for indigenous land rights, biodiversity protection, and sustainable livelihoods. Works within the framework of UNDRIP and CBD to link local struggles at Bakun with global indigenous movements.”

Petition Updates

Share this petition

Petition created on 18 September 2025