Hapus Budaya Pesta Arak di Malaysia!

Hapus Budaya Pesta Arak di Malaysia!
The Issue
Kami, rakyat Malaysia membantah dan mendesak penganjuran pesta arak besar-besaran 'Oktoberfest' di pelusuk negara dihentikan!
- Budaya mengadakan pesta arak secara besar-besaran di kawasan tumpuan orang awam seperti pusat beli-belah bukan satu amalan dalam kalangan masyarakat di Malaysia.
- Oktoberfest merupakan pesta orang Jerman yang diraikan bagi memperingati perkahwinan di raja diantara Putera Ludwig dengan Puteri Therese pada 12 Oktober 1810. Keraian ini disambut saban tahun bermula dari hari tersebut pada bulan yang sama dan akhirnya terevolusi menjadi festival arak yang wujud pada hari ini.
- Persoalannya, begitu besarkah pengaruh budaya Jerman dalam pembentukan fabrik masyarakat Malaysia sehinggakan ada segelintir masyarakat di Malaysia bermati-matian mahu memperingati perkahwinan di raja ini dengan mengadakan pesta arak?
- Oktoberfest bukanlah satu keraian yang menjadi amalan turun-temurun mana-mana kaum di Malaysia, malah, juga tidak berkait dengan mana-mana agama. Tidak ada sebab untuk meraikannya.
- Orang Islam tidak kira pandangan politik harus bergandingan serta tegas dalam isu ini. Keharmonian & perpaduan kaum tetap boleh terus disemai & dibina tanpa perlu wujudnya pesta arak.
- Benar, bahawa mereka yang tidak mahu terlibat boleh pilih untuk duduk dirumah atau elakkan berada ditempat-tempat anjuran pesta arak ini. Namun, inilah bibit-bibit di mana hak kebebasan digunapakai sebagai alasan untuk menganjur pula pesta gay, membenarkan perkahwinan sejenis serta bermacam lagi perkara mungkar yang dilaknat.
Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara, kami mendesak agar pesta yang mengagungkan arak ini dihentikan sebelum ianya melarat menjadi satu amalan atau kebiasaan di Malaysia.
ARMADA SelangorPetition Starter
Victory
This petition made change with 36,120 supporters!

Share this petition
The Decision Makers
MBPJ
MPK
Azmin Ali
Pihak Berkuasa Tempatan
menteri besar
Petition Updates
Share this petition
Petition created on 29 September 2017