Petition updateSmoking Ban in All Eateries in MalaysiaOperasi Penguatkuasaan Pendidikan Larangan Merokok di Premis Makan
Smoke Free Malaysia
May 28, 2019

SHAH ALAM, 25 Mei - Satu Operasi Penguatkuasaan Pendidikan bagi Larangan Merokok telah dijalankan di sekitar Seksyen 7 , Shah Alam, di sini malam ini.

Operasi yang bermula pada jam 9.30 malam itu melibatkan 12 buah kedai makan dengan penglibatan seramai 21 orang anggota penguatkuasa daripada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Secara amnya, hasil pemantauan dan juga aktiviti penguatkuasaan pendidikan mendapati pematuhan kepada larangan merokok adalah bagus. Kebanyakan kedai makan juga telah meletakkan tanda larangan merokok.

Dalam pada itu, sebanyak 3 notis amaran telah dikeluarkan, 24 edaran poster larangan merokok dan 79 risalah diedarkan. Bagi tiga(3) pelanggan yang diberikan notis amaran, mereka akan dirujuk ke perkhidmatan berhenti merokok mQuit.

Pada malam ini juga sukarelawan daripada IKRAM HEALTH diketuai oleh Dr Mohd Afiq telah menjalankan 17 ujian pernafasan karbon monoksida . Ini bagi memberi kesedaran tentang tahap racun dalam pernafasan perokok

Operasi penguatkuasaan tamat pada kira-kira jam 11.45 malam.

Baca Sini

Copy link
WhatsApp
Facebook
Nextdoor
Email
X