Petition updateLaksana Undi 18 dan AVR! #JanganNafiUndiKamiKerajaan akan laksanakan Undi18 tahun ini
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil(Bersih 2.0)
Sep 28, 2021

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka melaksanakan umur kelayakan pengundi 18 tahun (Undi18) dan pendaftaran pemilih secara automatik selewat-lewatnya pada 31 Disember 2021.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, SPR pada mulanya menjangkakan Undi18  diselesaikan selewat-lewatnya pada September 2022.

“SPR menjangkakan semua persiapan yang sedang diambil tindakan termasuk menangani isu-isu yang berkaitan ini akan dapat diselesaikan seterusnya melaksanakan umur kelayakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik selewat-lewatnya pada September 2022.

“Walaupun dengan kekangan dan kekurangan, SPR komited untuk memastikan umur kelayakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik dapat dilaksanakan selewat-lewatnya pada 31 Disember 2021 selaras dengan keputusan semakan kehakiman isu Undi 18 di Mahkamah Tinggi Kuching pada 3 September 2021,” katanya ketika sesi penggulungan Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini.

Copy link
WhatsApp
Facebook
Nextdoor
Email
X