Petisyen Manifesto Mahasiswa PRU14

0 have signed. Let’s get to 100!


Manifesto Pendidikan Tinggi yang ditawarkan pada Pilihan Raya Umum 14 (PRU14) tidak menyeluruh dan masih mempunyai banyak kelemahan. Terdapat juga manifesto yang tidak realistik dikemukakan.

---

Kami dari Nadi Mahasiswa Malaysia akan menyatakan sokongan terbuka kepada mana-mana parti atau calon yang bersetuju dengan manifesto yang terdapat dalam Manifesto Mahasiswa NadiSiswa ini;

1. Memansuhkan secara terus kadar  ujrah 1% setahun yang dikenakan pada penghutang-penghutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Mahasiswa sepatutnya membayar jumlah hutang tanpa perlu membayar servis perkhidmatan memandangkan pinjaman PTPTN adalah pinjaman pendidikan.

2. Memberi jaminan yuran Universiti Awam tidak melonjak terlalu tinggi. Memastikan yuran universiti awam tidak akan mencecah RM 3,000 (pendaftaran), RM 2,000 (yuran per-semester) dan percuma untuk latihan industri bagi semua kursus di Universiti Awam.

3. Memberi potongan yuran pengajian kepada golongan miskin tegar dan kelompok keluarga Bottom 40% (B40).

4. Memberi pengecualian yuran pada tahun pertama (yuran pendaftaran & yuran per-sem) untuk mahasiswa yang berasal daripada keluarga miskin tegar dan B40.

5. Menyelesaikan masalah pengangguran – Mengkaji kebolehpasaran kursus yang ditawarkan, membuka lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran tinggi, mengurangkan pekerja asing dan memperkasakan Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M).

6. Memastikan wang melalui Kad Debit Pelajar (KADS1M) dikreditkan selewat-lewatnya minggu kedua semester (bagi setiap tahun).

7. Memperkenalkan pilihan raya untuk memilih Naib Canselor universiti setiap tiga tahun sekali untuk memastikan peneraju utama universiti bukanlah lantikan politik, tapi sememangnya dipilih oleh mahasiswa, pensyarah dan staf universiti.

8. Memberi subsidi tiket penerbangan 4 kali setahun untuk mahasiswa yang menggunakan laluan Semenanjung – Borneo (untuk awal dan akhir semester).

9.Memberikan autonomi penuh kepada universiti untuk mengelakkan campur tangan politik yang akan mewujudkan ketidakadilan dalam pentadbiran dalaman dan proses membuat keputusan.

10. Memberi cuti dan pelepasan kepada pelajar minoriti dalam universiti yang terlibat dengan perayaan kaum/etnik.

11. Memastikan dana per-semester diberikan kepada persatuan-persatuan di dalam universiti. Wang  ini kemudian akan diaudit pada akhir semester. Dana ini akan membantu mahasiswa merancang aktiviti mereka.

12. Sekiranya universiti menolak mana-mana individu untuk memberikan membentang atau berceramah, wajib disertakan surat penolakan rasmi (bertulis) bersama sebab yang kukuh.

13. Menyuburkan program-program yang boleh membantu meningkatkan kemahiran insaniah mahasiswa. Mewujudkan subjek wajib (berkredit) yang mengajarkan ilmu-ilmu survival selepas bergraduasi.

14.   Mewujudkan badan berkecuali yang terdiri daripada mahasiswa untuk mengendalikan Pilihan Raya Kampus (PRK) / Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (PMPP).

15.  Memperbanyakkan “kampus hijau” dan program kitar semula di kampus untuk kelestarian alam.

16. Mewujudkan suasana kampus yang mesra orang kelainan upaya (OKU), dan memastikan mereka tidak didiskriminasi.

17. Mengerahkan para ahli akademik dan pelajar untuk memberi cadangan solusi terhadap permasalahan yang wujud dalam masyarakat kita.

18. Mengharamkan tanah universiti daripada menjadi tempat untuk mana-mana parti politik mempromosikan parti mereka.

19.  Menutup semua universiti swasta yang tidak mematuhi “standard” yang ditetapkan oleh Kementerian Tinggi. Biasanya universiti atau kolej swasta dibuka hanya untuk memeras wang pelajar.

20. Memperkasakan Majlis Perwakilan Pelajar dengan mewajibkan kehadiran mereka ketika universiti ingin melakukan keputusan penting. Terutamanya dalam aspek penetapan yuran, kebajikan dan silibus akademik mahasiswa.



Today: Nadi Mahasiswa Malaysia is counting on you

Nadi Mahasiswa Malaysia needs your help with “BARISAN NASIONAL: Petisyen Manifesto Mahasiswa PRU14”. Join Nadi Mahasiswa Malaysia and 21 supporters today.