
BDS Malaysiakuala lumpur, Malaysia
Dec 19, 2023
KENYATAAN MEDIA
YAB PERDANA MENTERI
Kerajaan Malaysia memutuskan untuk menyekat dan tidak membenarkan
syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM daripada berlabuh
di mana-mana pelabuhan Malaysia.
Kementerian Pengangkutan akan mengambil tindakan segera dengan
mengenakan larangan kekal terhadap syarikat ini berkuatkuasa empat
minggu dari sekarang.
Sekatan ini adalah tindak balas terhadap tindakan Israel yang
mengenepikan prinsip asas kemanusiaan dan melanggar undang-undang
antarabangsa menerusi pembantaian dan kekejaman berterusan
terhadap warga Palestin.
Untuk rekod, Kabinet pada 2002 mula membenarkan kapal milik syarikat
ini berlabuh di Malaysia. Pada 2005, Kabinet ketika itu memberi
kebenaran kepada kapal tersebut untuk mendarat di Malaysia. Namun,
Kerajaan hari ini memutuskan untuk membatalkan semua keputusan
Kabinet lalu.
Pada masa yang sama, Kerajaan Malaysia turut memutuskan untuk tidak
lagi menerima kapal yang menggunakan bendera Israel untuk berlabuh
di negara ini.
Selain itu, Malaysia juga mengenakan larangan kepada mana-mana
kapal yang dalam perjalanan menuju ke Israel daripada memuatkan kargo
di pelabuhan Malaysia. Kedua-dua sekatan ini berkuatkuasa serta-merta.
Malaysia yakin keputusan tersebut tidak akan menjejaskan kegiatan
perdagangan Malaysia.
ANWAR IBRAHIM
20 Disember 2023
Copy link
WhatsApp
Facebook
Nextdoor
Email
X