PETISYEN KEPADA KEDUTAAN NEPAL DI MALAYSIA RAYUAN MEMBAWA PULANG MARINA BINTI JAMALUDDIN

0 have signed. Let’s get to 15,000!


Kepada:

Yang Berusaha Tuan Kumar Raj Kharel,

Wakil Kedutaan Nepal di Malaysia,

Chargé d’Affaires / Timbalan Ketua Misi Nepal di Malaysia.

 

RAYUAN MEMBAWA PULANG MARINA BINTI JAMALUDDIN
(KP: 790425-05-5568) KE MALAYSIA

 Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

KAMI YANG BERTANDATANGAN DI BAWAH, selaku Anak Seremban, Negeri Sembilan dan Malaysia, ingin merayu kepada pihak Yang Berusaha untuk memindahkan Pn. Marina Binti Jamaluddin yang dipenjarakan di Nepal ke Malaysia.

Untuk pengetahuan pihak Tuan, Pn. Marina ditahan pihak berkuasa Nepal di Lapangan Terbang Angarabangsa Tribhuvan (TIA) apabila menemui kokain seberat 11 kilogram (sejumlah dadah) bersamanya menyebabkan beliau dikenakan hukuman penjara 20 tahun sejak tahun 2015 di Nepal.

Sejak beliau ditahan, ayah beliau En. Jamaluddin bin Abd Malik berusaha mengumpulkan wang bagi melawatnya. Selepas tiga tahun, baru duit mencukupi untuk melawat anaknya. Semasa lawatan tersebut, En. Jamaluddin mendapat tahu bahawa kesihatan anaknya menjadi semakin lemah setelah dipenjarakan. Pada masa yang sama, keluarga beliau termasuk suami dan anak juga merindui beliau.

Lantaran itu, atas dasar kemanusiaan, kami anak-anak Seremban, Negeri Sembilan dan Malaysia merayu kepada pihak Kedutaan Nepal untuk menyampaikan Petisyen ini kepada Kerajaan Nepal supaya pihak Tuan dapat mempertimbangkan pemindahan Pn. Marina ke Penjara Seremban dan jalan penyelesaian yang lain.

 

Yang Benar,

Rakyat Seremban, Negeri Sembilan, dan Malaysia.

 

S. K. Pejabat Perdana Menteri Malaysia;

Pejabat Timbalan Perdana Menteri Malaysia;

Kementerian Dalam Negeri;

Kementerian Luar Negeri.



Today: Den Anak Soromban is counting on you

Den Anak Soromban needs your help with “Anak Malaysia : PETISYEN KEPADA KEDUTAAN NEPAL DI MALAYSIA RAYUAN MEMBAWA PULANG MARINA BINTI JAMALUDDIN”. Join Den Anak Soromban and 13,398 supporters today.