400 PENCEROBOH TANAH RAUB WAJIB DIAMBIL TINDAKAN TEGAS
The Issue
TANDA TANGAN BELA PENJENAYAH PENCEROBOHAN TANAH DI RAUB - WAJIB DITANGKAP SEGERA!
1. Saya sifatkan tindakan mengumpul dan menyerahkan 400 tandatangan kepada Perdana Menteri dan Sultan Pahang oleh kumpulan dikenali sebagai SAMKA adalah satu bentuk penderhakaan secara terbuka terhadap titah Sultan Pahang yang sebelum ini dengan tegas mahu mempertahankan tanah milik kerajaan negeri daripada pencerobohan haram.
2. Pencerobohan tanah kerajaan untuk penanaman durian Musang King secara haram di Raub bukan isu baharu tetapi satu jenayah berulang lebih 40 tahun yang menafikan hak negeri dan rakyat. Ini bukan isu kebajikan petani tetapi ini adalah soal pelanggaran undang-undang secara sistematik.
3. Sepatutnya, semua penceroboh wajib diambil tindakan. Saya sertakan jenis hukuman yang wujud:
a) Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 - Seksyen 425:
Sesiapa yang menceroboh atau menduduki tanah kerajaan tanpa kebenaran boleh dikenakan hukuman penjara hingga 5 tahun dan/atau denda RM500,000.
b) Akta Perhutanan Negara 1984 - Seksyen 32:
Pencerobohan hutan simpan kekal adalah kesalahan berat yang boleh dikenakan denda hingga RM500,000 dan penjara 20 tahun.
c) Kanun Keseksaan - Seksyen 109 (Bersubahat) dan Seksyen 186 (Menghalang penjawat awam menjalankan tugas) juga boleh dikenakan kepada mereka yang melindungi atau cuba menghalang tindakan undang-undang.
4. TINDAKAN KUMPUL TANDATANGAN ADALAH USAHA MENGHALANG PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG. Ia bersifat provokatif, membela penjenayah dan cuba memberikan tekanan kepada institusi berdaulat termasuk Sultan dan Kerajaan Negeri.
5. Kami mendesak agar satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat bagaimana kegiatan haram ini boleh berlangsung selama lebih 40 tahun dengan skala besar tanpa tindakan tuntas.
PIHAK YANG WAJIB DISIASAT:
i) Semua individu yang menandatangani petisyen wajib disiasat di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan (bersubahat).
ii) Pegawai Pejabat Tanah dan Galian Daerah Raub mesti disiasat atas kemungkinan bersekongkol atau gagal bertindak selama 40 tahun.
iii) Pegawai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) termasuk Jabatan Perancangan dan Penguatkuasaan yang gagal memantau aktiviti haram.
iv) Pegawai Jabatan Perhutanan Pahang kerana kawasan pencerobohan termasuk dalam kawasan hutan simpan.
v) Mana-mana individu politik atau NGO yang menyokong pencerobohan jika ada penglibatan atau campur tangan dalam menyekat tindakan undang-undang.
6. Semua pihak yang terbabit samada penceroboh haram hingga ke pegawai penguatkuasa yang cuai atau berkompromi mesti ditahan, disiasat dan didakwa tanpa kompromi. Ingat ya, Negeri Pahang milik rakyat dan institusi Raja. Tidak ada sesiapa pun yang kebal daripada undang-undang.
SEKIAN
16,484

Petition Updates
Share this petition
Petition created on 12 April 2025