
Selamat sejahtera kepada semua penyokong sekalian. Untuk makluman anda semua, setelah beberapa bulan saudara arwah Muhammad Hidayat meninggalkan kita, kes saudara telahpun didaftarkan di Makhamah Koroner Kuantan pada 25 Februari 2022 Terima kasih atas segala usaha dan kerja sama semua pihak dalam menyokong untuk membawa kes in didengar di Makhamah Koroner.
Setakat ini ,selain kes arwah saudara Muhammad Hidayat, terdapat terdapat ramai lagi tahanan yang telah meninggal dunia sewaktu di dalam tahanan. Tahun ini sahaja terdapat 12 kes kematian dalam tahanan seperti yang dilaporkan di dalam portal 'Free Malaysia Today 'https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2022/03/06/12th-custodial-death-reported-this-time-in-sarawak/
Kami menggesa agar kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) dan untuk membentangkan RUU Koroner di Parlimen.
Kami akan terus mengeluarkan petisyen untuk menggesa kerajaan untuk mengambil tindakan yang segera mengenai perkara di atas. Sekian terima kasih.