

Assalamualaikum dan salam perjuangan.
Jika anda sayangkan tanah air ini, jangan pilih untuk berdiam diri.
Kami menyeru kepada diri kami dan semua, marilah kita mengambil tanggungjawab perjuangan ini untuk masa hadapan generasi kita. Sampaikanlah seruan ini kepada ahli keluarga, jiran tetangga dan rakan-rakan kita.
Kerana kita terlalu leka dan berpecah, maka gerakan mereka semakin kehadapan. Jagalah tanah ini, tanah pusaka kita.
Hayatilah perjuangan Tok Gajah, Mat Kilau, Pendekar Awang dan seluruh pejuang tanah air kita yang telah berjuang habis-habisan mempertahankan identiti negara ini daripada tangan jahat penjajah.
Sekarang adalah masa kita. Kita sudah tidak boleh buang masa. Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air. Ayuh sebarkan petisyen ini. 1 Juta rakyat Malaysia menolak usaha kerajaan ini.
Terima Kasih.
Jurucakap
Suara Anak Watan
*Bagi NGO dan pertubuhan yang ingin menyatakan sokongan pada petisyen ini, sila berikan maklumkan sokongan kepada emel suaraanakwatan@gmail.com. Semua nama-nama NGO yang menyokong petisyen ini akan dipaparkan pada senarai sokongan.