Actualización sobre la peticiónKadir Jasin Wajar Letak Jawatan Ketua Komunikasi COEDatuk A Kadir Jasin Sah Letak Jawatan
Amanah PutrajayaPutrajaya, Malasia
9 jun 2018
Berikut adalah pengumuman Datuk A Kadir Jasin:
Saya, dengan ini meletak jawatan sebagai Ketua Media dan Komunikasi Majlis Penasihat Council of Eminent Persons berkuatkuasa serta-merta.
Ini adalah semata-mata keputusan saya demi mengelak kekeliruan di kalangan anggota masyarakat berkaitan peranan saya dalam Majlis tersebut serta pandangan saya di dalam blog dan kolum mingguan di akhbar Sinar Harian.
Sebagaimana yang saya tegaskan dalam mukadimah blog saya, segala pendapat yang saya zahirkan di dalamnya adalah pendapat saya semata-mata.
Saya menulis atas kapasiti sebagai seorang blogger dan tiada kaitan dengan sebarang jawatan yang mungkin saya pegang.
Bagaimanapun, wartawan dan pihak lain yang memetik pandangan saya terus mengaitkannya dengan kedudukan saya sebagai Ketua Media dan Komunikasi Majlis Penasihat Council of Eminent Persons.
Bagi mengelak kesipuan (embarrassment) kepada Majlis dan percanggahan kepentingan di pihak saya maka saya memohon untuk mengundur diri dan ini telah dipersetujui oleh Pengerusi Majlis, Tun Daim Zainuddin.
Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim atas kepercayaan dan keyakinan mereka kepada saya.
Saya juga mengucapkan terima kasih kepada petugas Unit Media dan Komunikasi di atas ketekunan dan kerja kuat mereka.
Saya akan terus menyumbang bakti kepada tanah air kita yang tercinta ini dan rakyat jelatanya dengan cara terbaik yang saya ketahui, iaitu menerusi mata pena saya.
Terima kasih. Semoga Allah memberkati
Copiar enlace
WhatsApp
Facebook
Nextdoor
Email
X