Memohon penglibatan agresif polis dan tentera untuk menghapus penagihan dadah syabu

0 telah menandatangani. Mari kita ke 100.


Memohon kepada semua warganegara yang prihatin , memikirkan masa depan anak cucu,yang ingin menjadikan Malaysia selamat daripada ancaman jenayah berat menandatangani petisyen ini

Jenayah berat seperti bunuh,samun,rogol,culik,kekerasan,perpecahan keluarga dan penambahan kes psikiatri semakin meningkat sejak meluasnya penggunaan metamphetamine atau syabu. Memohon agar diadakan satu tindakan agresif dan juga memohon kerjasama antara polis dan tentera untuk menangani masalah ini sehinggalah berjaya dihapuskan sepenuhnya. Pengisytiharan darurat di kawasan hitam dadah perlulah dilakukan bagi menghapuskan aktiviti jual beli dadah. Boleh dikatakan hampir semua pesalah jenayah berat didapati positif dadah methamphetamine dalam ujian air kencing. 

Masalah sosial ini jika dapat diselesaikan akan memberi reputasi yang sangat baik kepada pihak berkuasa. Dan juga memberi jaminan keamanan sepenuhnya kepada warga Malaysia seluruhnya.

Segala masalah politik haruslah diketepikan dan memohon semua pihak bersatu untuk menghapuskannya.

Kebajikan tahanan di pusat serenti haruslah diperbaiki jangan jadikan pusat tahanan sebagai tempat siksaan tapi jadikannya sebagai tempat di mana para penagih boleh membina hidup kedua. Dan biarlah para penagih merasakan pusat serenti mempunyai nilai kekeluargaan dan kemanusiaan kerana terbukti jika manusia dilayan secara bermaruah ini akan secara efektif mengubah dirinya.



Hari ini: H mengandalkanmu

H Rajit membutuhkan bantuanmu untuk mengajukan petisi "Angkatan Tentera Malaysia: Memohon penglibatan agresif polis dan tentera untuk menghapus penagihan dadah syabu". Bergabunglah dengan H dan 29 pendukung lainnya hari ini.