Kajian semula penambahbaikan pakaian seragam Penolong Pegawai Perubatan KKM

The Issue
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera dari Suara PPP Malaysia,
Suara PPP mulakan petisyen ini berikutan surat YB Dato KSU KKM mengenai pakaian seragam PPP pada 18 Okt 2021. Kami sebagai suara PPP pelbagai gred di lapangan memohon kajian semula penambah baikan pakaian seragam PPP. Sejak isu pakaian seragam berbangkit, pihak utama yang usahakan perkara ini ialah Kesatuan Kebangsaan PPP Semenanjung Malaysia (KKPPPSM). Secara prinsipnya, majoriti PPP samada dalam kesatuan atau luar kesatuan menyokong usaha menambah baik pakaian seragam untuk keselesaan dan keselamatan anggota yang bertugas di lapangan.
Tetapi hasil penambah baikan ini tidak memenuhi aspirasi majoriti PPP. Ini di lihat dari komen negatif berleluasa dalam perbincangan sesama PPP dan di media sosial. Hanya kumpulan kecil yang menyokong iaitu yang terlibat secara langsung dalam reka bentuk uniform baru ini. Pimpinan kesatuan khilaf dalam hal ini kerana tiada pungutan suara secara menyeluruh semasa reka bentuk di bentangkan. Mereka anggap mereka telah di beri mandat untuk tentukan apa jua reka bentuk walhal belum di persetujui oleh majoriti PPP seluruh Malaysia.
Isu pakaian rasmi jawatan - penyeragaman warna uniform kepada warna hijau adalah tidak relevan. Warna putih telah sinonim dengan perawatan perubatan, masyarakat umum juga telah mengenali profesion PPP dengan uniform putih bertali leher dengan seluar hitam. Warna hijau melambangkan kekananan dan hierarki dalam organisasi. Penyeragaman warna hijau tidak memberi impak kepada persepsi dan mutu perkhidmatan PPP. Oleh itu, lebih baik maintain status quo. p/s: Di sebalik pertukaran warna sebelum ini, ada pihak berkepentingan mengetengahkan penjualan pin kolar yang hanya memanfaatkan kumpulan tertentu, cadangan pin kolar telah digugurkan.
Isu pakaian tugas klinikal - tujuan pakaian klinikal adalah untuk keselamatan dan keselesaan petugas serta mengurangkan risiko kepada hazard. Pakai klinikal sepatutnya dalam bentuk full scrub + footwear yang sesuai. Boleh di tukar ganti dengan mudah semasa bertugas. Bukannya pakaian separuh tiang seperti perubahan terkini. Jenis kain yang dibekal adalah untuk pakaian rasmi. Jenis kain baju dan seluar tidak sesuai untuk operasi di lapangan. Kami melihat kesatuan telah mengambil jalan mudah semata mata supaya perubahan ini diluluskan dengan cepat untuk menjadikannya legasi kumpulan mereka dalam perjalanan profesion PPP. Jalan mudah ini termasuk menyakinkan pihak tertinggi KKM bahawa tiada implikasi kewangan. Tanpa mendapat sokongan majoriti PPP, mereka terus berkeras dengan cadangan ini, membelakangkan prinsip kesatuan yang memperjuangkan suara majoriti PPP dalam menentukan hala tuju profesion sendiri. Selain itu, KKPPPSM juga tidak mewakili suara PPP dari Sabah Sarawak. Walaupun mereka mendakwa telah mendapat sokongan kesatuan/persatuan dari Sabah Sarawak, ini juga tidak boleh mewakili suara majoriti PPP di dua negeri tersebut. Keputusan perubahan pakaian seragam tidak sepatutnya di buat secara jalan mudah atau tergesa-gesa yang mana telah mengundang persepsi negatif. Perubahan harus di buat seiring peredaran zaman, selaras dengan aspirasi PPP dan membuat rujukan pakaian operasi profesion yang setara di luar negara. Jika keadaan kewangan kerajaan masih tidak mengizinkan, lebih baik maintain saja status quo. Pimpinan tertinggi PPP di peringkat Lembaga Penolong Pegawai Perubatan boleh keluarkan garis panduan kebenaran khas reka bentuk full scrub pakaian klinikal/operasi yang bersesuaian. PPP di lapangan boleh memilih terus menggunakan uniform sedia ada, atau membuat sendiri full scrub mengikut warna dan reka bentuk yang di tetapkan dengan jenis kain yang sesuai. Cadangan ini lebih praktikal, pada masa yang sama dapat membina imej PPP yang positif. Kami mohon campur tangan pengurusan tertinggi KKM YB Khairy Jamaluddin Menteri Kesihatan, YB Dato Mohd Shafiq KSU dan YBhg Tan Sri Noor Hisham KPK yang juga pengerusi Lembaga PPP serta YBhg Tuan Joseph Kajangan KPPPM dalam hal ini. Sekian dan terima kasih wassalam.

3,589

The Decision Makers
Petition Updates
Share this petition
Petition created on 23 October 2021