MEMBANTAH PENGOPERASIAN HOSPITAL CYBERJAYA SECARA KERJASAMA AWAM-SWASTA

MEMBANTAH PENGOPERASIAN HOSPITAL CYBERJAYA SECARA KERJASAMA AWAM-SWASTA

0 have signed. Let’s get to 15,000!
At 15,000 signatures, this petition becomes one of the top signed on Change.org!
FACHRI ASMAR started this petition to Kementerian Kesihatan Malaysia (Menteri Kesihatan) and

Dalam jawapan kepada Ahli Parlimen Sepang, Kementerian Kesihatan Malaysia telah memaklumkan bahawa kerajaan pada 5 Mei 2021 telah memutuskan pengoperasian Hospital Cyberjaya secara kerjasama Awam-Swasta berkonsepkan leasing.

Kaedah ini pasti membebankan rakyat kerana rakyat tidak akan mendapat perkhidmatan kesihatan pada kadar yang sama di hospital kerajaan yang lain kerana hospital ini dijangka akan beroperasi mengikut kadar yang biasanya di caj di hospital swasta.

Buat masa ini tiada hospital kerajaan di dalam daerah Sepang, daerah terbesar di Selangor. Hospital Cyberjaya awalnya dibina kerana terdapat keperluan mendesak bagi memenuhi keperluan kesihatan awam di daerah Sepang dan daerah-daerah berjiran seperti Kuala Langat, Putrajaya dan juga daerah Petaling.

Kami membantah cadangan penswastaan ini dan mahu Hospital Cyberjaya dioperasikan sepenuhnya oleh KKM demi kemudahan rakyat khususnya penduduk B50 di dalam daerah Sepang dan berhampiran.

0 have signed. Let’s get to 15,000!
At 15,000 signatures, this petition becomes one of the top signed on Change.org!