Ambil tindakan terhadap sesiapa yang upload, share video lucah di media social

0 have signed. Let’s get to 100!


Hi, YB

Saya pengguna social media, saya merasakan twitter dan we chat dipenuhi oleh perkara yg merosakan remaja iaitu video lucah. Ramai remaja secara bebas berkongsi dan upload video di profile masing2 tanpa sebarangan halangan.

saya ingin bertanya tiadakah usaha dan tindakan ke keatas penyebaran apa2 gambar/video lucah melalui social media seperti Twitter & WeChat yang sangat bebas tanpa batasan itu?

Tiadakah usaha untuk menyiasat & mengambil tindakan terhadap mana2 individu atau profile yg memuatnaik, berkongsi (share), retwitted video atau gambar lucah?

Setahu saya setiap no phone adalah didaftarkan menggunakan no ic/pasport, dan setiap profile twitter dn we chat juga didaftarkan mengunakan no phone. oleh itu tidak sukar untuk pihak penyiasat untuk mengesan individu yg terlibat dn memberi amaran atau mengambil tindakan terhadapnya.

Sekiranya tindakan mula diambil oleh skmm, mcmc , pdrm atau pihak berwajib lama kelamaan akan berkurang pihak2 yang berani untuk sebarkan, upload, iklan, berkongsi apa2 bahan yang dilarang.

Kebebasan remaja berkongsi,upload dan mempamerkan perkara berkenaan di media social akan merosakan akhlah dan budaya masyarakat Malaysia. Kita ingin membina Malaysia Baharu yang lebih harmoni, berbudaya & berakhlak mulia.

Saya berharap perkara ini diberi perhatian serius kerana ramai remaja terlibat secara meluas dan bebas dan banyak kes rogol atau sex bawah umur, kelahiran sebelum nikah dan pembuangan bayi serta pelbagai masalah social dalam masyarakat Malaysia kini berlaku mungkin disebabkan tiada kawalan terhadap perkara ini.

Mohon tindakan proaktif dan tegas dari pihak YB dan pihak yang berkuasa berkaitan.

#malaysiabaharu perlukan tindakan #proaktif

#MCMC/KKMM #gobindsingdeo 



Today: syam is counting on you

syam .h needs your help with “YB @gobindsinghdeo: Ambil tindakan terhadap sesiapa yang upload, share video lucah di media social”. Join syam and 10 supporters today.