Desakan kepada KPM untuk benarkan premis tadika beroperasi dengan kadar segera!

0 have signed. Let’s get to 15,000!


1. Kami mewakili ibu bapa, guru-guru dan juga pengusaha tadika mahu Kementerian Pendidikan Malaysia memberi kebenaran bagi tadika di Malaysia untuk mulakan operasi dengan kadar segera.

2. Para ibu bapa perlu mula masuk ke bekerja dan para majikan sudah tidak membenarkan kami bekerja dari rumah.

3. Sekarang ini kami perlu membayar sebahagian yuran tadika dan terpaksa membayar tambahan upah pengasuh harian bagi menjaga anak anak kami semasa kami bekerja.

4. Kami selaku ibu bapa mahukan anak anak kami mendapatkan pendidikan yang baik dan tidak mahu mereka ketinggalan. Guru guru tadika lebih terlatih untuk mengajar anak anak kami.

5. Kami percaya premis tadika dapat beroperasi dengan selamat seperti taska yang telah dibenarkan untuk beroperasi mengikut garis panduan dan SOP yang dikeluarkan oleh MKN dan juga KPM untuk sekolah. 

6. Bagi kami guru guru tadika pula, hampir 100 ribu dari kami berdepan dengan kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan. Hanya sebahagian sahaja pengusaha tadika yang masih cuba bertahan, namun ramai juga diantara kami yang terpaksa diberhentikan dalam tempoh PKP ini.

7. Ada diantara kami yang perlu menanggung ahli keluarga yang juga terjejas sumber pendapatan akibat pandemik COVID-19 ini. Sekiranya kami sebagai guru di tadika juga hilangan pekerjaan, pendapatan isi rumah kami yang sebahagian besarnya merupakan golongan B40 terjejas teruk.

8. Sesi pembelajaran & pengajaran di tadika menekankan perkembangan intelek, rohani, emosi dan jasmani. Sebagai guru tadika, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk menjaga, mendidik, dan membentuk asas potensi anak-anak ini sejak kecil dimana merekalah merupakan harapan dan tunjang negara kelak.

9. Bagi kami pengusaha tadika pula, dengan tiada keputusan dari KPM menyebabkan kami tidak boleh membuat apa-apa perancangan kerana segalanya bergantung kepada keputusan KPM

10. Selaku pengusaha tadika, kami faham bahawa SOP yang ketat perlu dilaksanakan di tadika dan kami sanggup menurutinya demi tenggungjawab mendidik anak anak dan juga kelangsungan hidup guru-guru serta pekerja kami.