REFORMASI MINGGU ORENTASI MAHASISWA!; HENTIKAN TREND BODOH IPTA MALAYSIA!

0 have signed. Let’s get to 500!


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

sejak kebelakangan ini beberapa perkongsian di laman sosial atas talian menyampaikan pandangan dan keperihatinan mereka atas keperluan untuk reformasi minggu orentasi mahasiswa IPT di negara kita Malaysia dan betapa perlunya kita menghentikan trend kurang cerdik semasa minggu orentasi di IPT seluruh Malaysia. oleh itu petition ini bertujuan untuk mengumpul sokongan dan memupuk solidariti bakal mahasiswa dan bekas mahasiswa yang berkongsi pandangan yang sama terhadap perkara ini.

In God we trust! Change we must!

Reformasi!!

Berikut Merupakan lampiran beberapa penulisan berkaitan hasrat Deklarasi ini.

Reformasi Minggu Orentasi Mahasiswa

Di pemerintahan yang baharu, segar dari pemikiran dan tingkah. Aku berharap Minggu Orentasi Mahasiswa di universiti bertukar dari program-program membazir kepada aktiviti-aktiviti intelektual. Yuran orentasi sangat tinggi tidak sepadan dengan pengisiannya yang tidak menceriminkan budaya berfikir di gedung ilmu. Minggu orentasi mahasiswa selama ini cuma mengkayakan kontraktor baju, botol air, beg sandang, payung, makanan dan sebagainya. Sedangkan kita cuma perlukan pen dan kertas atau seadanya sahaja.

 

Mahasiswa baru dijadikan kanak-kanak riang disambut dengan tepuk-tepuk, nyanyian, tarian dan doktrinisasi tunduk, angguk serta patuh. Minggu orentasi selain suatu acara menyampaikan informasi universiti ia sepatutnya menjadi medan membuktikan universiti adalah gedung ilmu.

 

Acara-acara kepimpinan atau aktiviti intelektual forum, diskusi, debat mengenai mahasiswa, universiti, masyarakat dan negara sepatutnya menjadi agenda utama. Malangnya hari ini orentasi umpama suatu acara menyambut adik darjah satu, senior-senior yang dilantik menjadi fasilator menggelar diri mereka sebagai 'abang siswa dan kakak siswa' dengan layan-layanan manja yang menggelikan dan tidak matang.

 

Akhirnya abang dan kakak inilah nanti akan menjadi calon Majlis Perwakilan Pelajar. Tidak lain tidak bukan minggu orentasi adalah tempat mereka menayangkan muka mereka yang tidak seberapa supaya dikenal oleh mahasiswa baru. Hakikatnya mereka ini cumalah orang suruhan Hal Ehwal Pelajar(HEP) yang ditugaskan sebagai perisai dan pelingdung ketika ada mahasiswa ingin mempertikai pentadbiran universiti.

 

Acara pembodohan bermula dari orentasi mahasiswa baru ini harus dihentikan. Sedarlah ini gedung ilmu yang harus diketengahkan adalah idea-idea kreatif dan pemikiran-pemikiran yang kritis. Mahasiswa baru sepatutnya ditunjukkan bagaimana harus berfungsi membela masyarakat di luar sana menggunakan sederap ilmu yang dipelajari dari universiti.

 

Angkat martabat mahasiswa!

 

#BorneoKomrad

#SuaraMahasiswa

#KARMA

Cc:Mukmin Natang

 

TREND BODOH IPTA MALAYSIA

 

Cuma dak dak bodoh saja yang jadi fasilitator orientasi universiti kemudian denda juniors buat itu ini - menari, menyanyi, minta tandatangan seniors, redah sungai dan segala bagai. Minda kelas tiga.

 

"Kau kena buat baik dengan seniors nanti senang nak minta tolong bila time project..."

 

Tak faham dengan 'adat' universiti tempatan. Kenapa adanya kebergantungan seniors-juniors ini?

 

Bila dah masuk universiti, sepatutnya pandai berdikari. Nak minta tolong hal asrama, rumah sewa, sakit demam - mungkin. Tapi untuk kursus?

 

Mungkin saya biassed tapi tak pernah dengar pula pelajar Malaysia di luar negara yang 'minta tolong senior' untuk kursus, tak kira jurusan apa.

 

Orientasi senior-junior di universiti luar negara pun boleh dikatakan tak pernah didengar. Paling tidak, ada lawatan dan taklimat yang dianjurkan pentadbiran universiti atau Student Council secara professional.

 

Tapi tiada pula seniors universiti luar negara suruh juniors minta tandatangan, kena menari Chicken Dance, menyanyi lagu God Save The Queen atau meniarap di parking lot. Orang Malaysia saja yang buat perkara bangang sebegitu.

 

"Tapi juniors aksyen, berlagak, tak respek seniors"

Who the hell are you for people to give respect to? Respect has to be earned not forced. Ini dah macam seniority dalam UMNO saja.

 

Saya harap future facilitators orientasi universiti tempatan akan merubah tradisi bodoh ini. Hentikanlah trend denda, ambil tandatangan seniors, joget bagai tu.

Selain buat juniors marah dan berdendam, ianya mencerminkan minda anda yang tak intelektual langsung (2016)

Cc:admin gagal kesan penulis



Today: Harapan2 is counting on you

Harapan2 Mahasiswa needs your help with “YB Dr. Maszlee bin : REFORMASI MINGGU ORENTASI MAHASISWA!; HENTIKAN TREND BODOH IPTA MALAYSIA!”. Join Harapan2 and 495 supporters today.