PERMOHONAN KEMUDAHAN KOMUTER DI STESEN IPOH
PERMOHONAN KEMUDAHAN KOMUTER DI STESEN IPOH
Penduduk di Negeri Perak terutamanya penduduk dari luar bandar Ipoh yang datang bekerja atau urusan seperti di Hospital Besar Ipoh, serta lain-lain urusan di Pejabat-Pejabat Kerajaan sangat memerlukan pengangkutan awam KTM KOMUTER setiap hari kerana tambangnya lebih murah berbanding ETS yang ditawarkan pada masa ini.
Disebabkan oleh ketiadaan pengangkutan KTM KOMUTER ke bandar IPOH, penduduk berdepan dengan masalah pengangkutan apabila bas yang terhad, kerap rosak dan bas tidak sampai ke destinasi yang ingin di tuju. Penduduk menggunakan alternatif lain seperti Carpool / Prebet Sapu / Motor / Kereta untuk ke bandar Ipoh.
Mohon Pihak kementerian menyediakan perkhidmatan KTM KOMUTER dari padang rengas ke Stesen Ipoh untuk kegunaan penduduk di Negeri Perak.
Sekian terima kasih