KEBENARAN UNTUK JURUGAMBAR MENGAMBIL GAMBAR PENGANTIN SEMASA PKP2.0

KEBENARAN UNTUK JURUGAMBAR MENGAMBIL GAMBAR PENGANTIN SEMASA PKP2.0
Why this petition matters

KEBENARAN UNTUK JURUGAMBAR MENGAMBIL GAMBAR BAWAH 20 TETAMU SELAMA 3 JAM, DAN SESI BERGAMBAR LUAR, KURANG DARIPADA 10KM RUMAH PENGANTIN
Komuniti Photographer Seluruh Negeri started this petition berkenaan kebenaran menjalankan perniagaan jurugambar pengantin selama 3 jam dengan jumlah tetamu yang terhad iaitu bawah 20 orang dan sesi bergambar di luar seramai 3 orang sahaja (sepasang pengantin dan jurugambar). Kami, sebagai pihak berkepentingan dalam industri ini sangat bimbang dengan wabak COVID-19 di negara kita, perniagaan kita akan terus mengalami kerugian besar dan boleh menyebabkan operasi terhenti. Bagi sesetengah jurugambar sepenuh masa, mereka masih mempunyai komitmen untuk ditanggung. Ahli keluarga mereka bergantung pada pendapatan mereka untuk terus bertahan. Secara tidak langsung, ia akan memberi kesan besar kepada industri kita juga.
Oleh itu, kami meminta perhatian dan pertolongan dari pihak berwajib, memandangkan keadaan ekonomi yang semakin buruk ini mempengaruhi perniagaan di seluruh negara dan tidak terkecuali kepada industri kami untuk membenarkan industri kami diteruskan ketika waktu pandemik ini dengan syarat-syarat pematuhan ketat terhadap prosedur sosial (SOP) Standard Operation Procedure dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Kami sebagai jurugambar sangat mementingkan keselamatan semua pelanggan perkahwinan dan pihak yang terlibat. Dengan ini, kami telah memulakan 'SOP yang dicadangkan' dalam menangani semua jenis majlis perkahwinan semasa COVID-19 MCO. SOP akan merangkumi beberapa perkara seperti, praktik menjauhkan diri (social distancing) dengan menghadkan jumlah tetamu pada satu-satu masa (seperti dalam cadangan bawah 20 orang sahaja dalam jangka masa 3 jam) terutama bergambar selepas nikah di pelamin dan sesi bergambar di luar, pengambilan suhu badan untuk semua yang terlibat, memastikan setiap yang terlibat melalui system QRcode yg disediakan oleh MKN & KKM, membasuhan tangan secara berkala untuk semua tetamu & kru perkhidmatan, pembersihan berkala dan pembasmian kuman pada permukaan yg berisiko tinggi, pembasmian kuman dan peralatannya, dan sekiranya SOP lain yang berkaitan dengan kesihatan dan keselamatan yang belum dinyatakan dalam perkara diatas, kami amat berbesar hati untuk menerima dan berkongsi dengan semua orang dalam industry ini. Pihak yang terlibat dalam sesi bergambar ini hanyalah dalam kalangan ahli keluarga sahaja.
Kami berharap anda memahami keadaan semasa kami. Kerjasama dan pertolongan anda akan membantu kami semua dalam industri ini untuk mengatasi masa-masa yang sukar ini.
Walaupun begitu, semua jurugambar tetap yakin dan positif, bahawa dengan sokongan baik dan bimbingan Kementerian, akan bantu mengatasi situasi ini dengan lebih kuat dan komited untuk memainkan peranan sebagai pemaju trend industri dalam merancang dan menangani upacara perkahwinan semasa dan selepas wabak COVID-19.
Kerjasama anda amat kami hargai. Sekian, terima kasih.
Decision-Makers
- YAB TAN SRI DATO' HJ. MUHYIDDIN BIN HJ. MOHD. YASSIN Majlis Keselamatan Negara (MKN) YB DATUK SERI