Youth Representative in the Cabinet of Ministers Malaysia

0 have signed. Let’s get to 200!


Selamat sejahtera Tun M,

Pada 9hb Mei 2018, negara Malaysia telah mencipta sejarah dimana pada ulung kalinya perubahan kerajaan telah berlaku dan mengikut statistik sebanyak 40% golongan muda yang mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 menjadi faktor utama perubahan kerajaan. Kenyataan ini tidak boleh dinafikan sama sekali oleh mana-mana pihak. Ramai yang tidak begitu komited terhadap politik sebelum ini melibatkan diri dengan penuh semangat.

Namun begitu, barisan kabinet yang baru diumumkan kekurangan pewakilan  golongan belia. Situasi kini adalah masyarakat merasakan bahawa golongan kami terlalu muda dan tidak mempunyai pengalaman yang mencukupi untuk mengambil tugasan yang berat. Namun, sekiranya diberi belia diberi peluang kami akan dapat melaksanakan tugas itu dengan baik. Begitu juga dengan tugasan sebagai menteri kabinet. Sekiranya, diberi peluang kami percaya wakil kami akan dapat melaksanakan tugasnya dengan amat baik. Antara contoh wakil adalah YB Syed Saddiq dari Parlimen Muar. 

Oleh itu kami berharap, agar suara kami diambil berat di dalam kerajaan baru, akan ada sekurang-kurangnya seorang wakil belia untuk mewakili kami di dalam barisan Kabinet Menteri.

Kami amat berharap YAB Tun dapat mempertimbangkan permintaan kami.

Terima kasih. 



Today: Mohd Akram is counting on you

Mohd Akram Mohd Yusof needs your help with “YAB Prime Minister of Malaysia: Youth Representative in the Cabinet of Ministers Malaysia”. Join Mohd Akram and 193 supporters today.