HAPUS PENCEN UNTUK ADUN, AHLI PARLIMEN & SENATOR GANTI DENGAN KWSP.

0 have signed. Let’s get to 7,500!


Tanggungan kerajaan untuk membayar pencen kepada kakitangan awam setiap tahun semakin meningkat. Tahun ini jumlahnya telah meningkat kepada RM28 Billion. 

Kerajaan telah mula melaksanakannya secara berperingkat peringkat demi memperkasa kedudukan  kewangan negara untuk jangka panjang. Tidak terkecuali kerajaan hendaklah juga melaksanakannya kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Ahli Parlimen (MP) yang dipilih oleh rakyat  dan Senator yang dilantik kerajaan. Penghapusan pencen dan diganti dengan caruman Kwsp juga adalah dilihat selari dengan tujuan asal kerajaan ingin melaksanakannya kepada kakitangan2 awam lantikan baru.

Apabila pencen untuk ahli politik ini diganti dengan Kwsp maka kerajaan telah melaksanakan sistem yang lebih samarata dan adil tanpa mengira kuasa dan pangkat. Ahli politik membuat caruman yang sama sebagaimana dengan rakyat kebanyakkan untuk tabungan masa hadapan mereka. Ini akan dapat lebih membantu ahli politik untuk memahami dan menolong rakyat menabung untuk masa depan dengan lebih efisyen dan efektif memandangkan mereka juga menerima faedah yang sama. Sebarang kelemahan dari segi faedah yang diperolehi melalui Kwsp secara langsung telah menjadi suatu suara yang senada dengan kehendak rakyat tanpa bantahan atau demotrasi jalanan.

Kesudian YABhg Tun dan ahli2 politik yang dipilih rakyat lainnya menerima petisyen ini dan mengubal Rang Undang Undang yang berkaitan dengan kadar segera bermakna akur dengan kuasa rakyat yang memilih serta untuk memperjuangkan kepentingan rakyat melangkau kepentingan peribadi mereka.