Victory

Benarkan kembali Ustaz Ebit Lew Teruskan Kerja Amal

This petition made change with 7,455 supporters!


Dikhabarkan bahawa Ustaz Ebit Lew dinasihatkan oleh Cawangan Khas Bukit Aman supaya memberhentikan kerja-kerja amalnya disebabkan kes beliau membantu keluarga susah di Kedah tempoh hari.

Link sumber Page FB Ustaz Ebit Lew : 

https://www.facebook.com/ebitlewofficialpage/photos/a.679992665364315/3132293540134203/?type=3&eid=ARBjIT9ERSL5gSKwP_7JIEdNFRBaSS1y3VTm4BvmPkz_ukYaOyNt7mTqvt5mCwHcvEgdfQTt2fikyvcs&__tn__=EEHH-R

 

Ustaz Ebit Lew telah membantu ramai orang susah yang memerlukan. Beliau membantu tanpa mengira Kaum, Bangsa dan Agama dan ini memberi manfaat kepada keseluruhan masyarakat di Malaysia!

Beliau membantu atas dasar kemanusiaan dan kasih sayang. Tiada niat politik dan lain-lain niat yang bersifat prejudis.

Bantuan beliau juga dilakukan tanpa membabitkan wang awam atau peruntukan kerjaan dan setiap bantuan dihulurkan dengan pantas tanpa membabitkan sebarang unsur birokrasi sekaligus membolehkan golongan susah mendapat bantuan sepantas mungkin!

Dengan ini, kami memohon perhatian YAB Tan Sri Muhyiddin, Perdana Menteri Malaysia supaya membenarkan  Ustaz Ebit Lew meneruskan kerja-kerja amal beliau dan menjadi penaung dalam usaha-usaha beliau membantu golongan susah yang sangat-sangat memerlukan.



Today: Wan is counting on you

Wan Utama needs your help with “Y​.​A​.​B Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin: Benarkan kembali Ustaz Ebit Lew Teruskan Kerja Amal”. Join Wan and 7,454 supporters today.