Rakyat Cameron Highlands Hendak Manogaran di Pentadbiran Pusat

0 have signed. Let’s get to 500!


Pakatan Harapan (PH) telah menubuhkan kerajaan baru setelah diperintah oleh Barisan Nasional (BN) selama 60 puluh tahun. Semua orang sedang meneliti kerajaan baru ini, dan cara- cara mereka mentadbir negara Malaysia sekarang akan dikritik oleh pelbagai pihak, termasuk media tempatan, dan juga antarabangsa.

Kami penduduk Cameron Highlands telah pun melalui pelbagai masalah dan telah lama membuat keputusan untuk ubah. Isu-isu yang dihadapi di sini memerlukan intervensi kerajaan pusat. Kerajaan negeri tidak memadai lagi.

 Pada dua pilihanraya yang lepas, kami di Cameron Highlands telah mengundi dengan majoriti yang kuat untuk pembangkang (Pakatan Rakyat & Pakatan Harapan) di PRU13 dan PRU14. Walaupun kita gembira dengan PH membentuk kerajaan persekutuan, kita mahu pemimpin yang dapat mewakili suara kita di peringkat kerajaan pusat kerana Pahang masih dipegang oleh kerajaan BN. Kami rasa tidak adil bahawa undi kami dijadikan tidak bermakna apabila taktik kotor dimainkan oleh calon BN semasa pilihanraya.

 Ia adalah amat penting untuk PH memilih pemimpin- peminpin yang berkaliber untuk menolong membangunkan Malaysia sekali lagi. Dan kami, sebagai pengundi di Cameron Highlands, percaya bahawa Manogaran adalah salah satu daripada pemimpin berkaliber. Manogaran adalah calon Parlimen Cameron Highlands (P078) untuk PRU 14 dan juga PRU 13.

Kami mengikuti perkembangan Manogaran di Cameron Highlands sejak tahun 2013 lagi. Pada masa PRU 13, beliau telah menentang Presiden MIC, iaitu Dato G. Palanivel. Dato G. Palanivel juga pada masa itu memangku jawatan Menteri Alam Sekitar. Pada pilihanraya sengit itu, Manogaran hanya kalah dengan majoriti tipis, 462 undi.

 Di PRU ini pula, Manogaran telah bertanding menentang Ketua Pemuda MIC, Dato Sivaraajh. Pada kali ini, Manogaran telah sekali lagi kalah tipis dengan majoriti 597 undi. Kami semua tahu politik kotor ( menggunakan wang dan ugutan) yang diamalkan oleh ramai pemimpin/ calon BN untuk setiap PRU. Politik kotor ini mempunyai impak yang amat besar di Cameron Highlands, terutamanya terhadap pengundi Orang Asli, yang merangkumi 20% jumlah keseluruhan pengundi di Cameron Highlands. Pengundi- pengundi Asli ini kebanyakannya hidup dalam keadaan kemiskinan yang tegar, dan kerana itu, pemberian duit sangat berkesan untuk membeli undi- undi Komuniti Asli.

 Walaupun tidak cukup untuk mendapat majoriti sokongan Asli, oleh kerana kerja keras dan komitmen Manogaran terhadap komuniti Asli, beliau telah mendapat lebih banyak sokongan dari perkampungan Asli berbanding PRU- PRU yang lepas. Kami sebagai pengundi di Cameron Highlands percaya bahawa Manogaran adalah pemenang yang sah di kawasan Parlimen P078, dan hanya kalah dengan majoriti tipis kerana gejala membuang duit kepada pengundi yang diamalkan oleh calon- calon BN.

 Pada PRU 12 (2008), beliau telah bertanding di Parlimen Teluk Intan menentang Dato Mah Siew Keong. Dato Mah pada masa itu adalah Timbalan Presiden Parti Gerakan Rakyat (Gerakan) dan juga menyandang jawatan Deputy Agriculture and Agro-based Industry Minister. Manogaran menang pada masa itu dengan majoriti 1470 undi.    

 Perkara yang kami hendak pemimpin PH ambil tahu adalah, perjalanan politik Manogaran selama ini bukannya senang. Beliau selalu berhadapan dengan lawan yang lebih besar dan jauh lebih berpengaruh daripada beliau dalam tiga PRU yang lepas. Dalam kata lain, dua dari tiga lawan beliau sebelum ini menyandang kedudukan menteri dan timbalan menteri. Beliau telah menang sekali dan kalah dengan tipis dua kali. Sebelum ini, kami tahu Cameron Highalnds ialah peti simpanan BN dimana BN tidak pernah kalah di kerusi tersebut. Sekarang, keadaan politik di Cameron Highlands bukan lagi begitu, dan BN boleh pun kalah di kerusi ini, dan kerja keras Manogaran adalah penyumbang besar kepada fakta ini.

 Jesteru, kami menyeru pemimpin- pemimpin Pakatan Harapan untuk memberi peluang kepada Manogaran untuk menyandang kedudukan penting seperti Timbalan Menteri dalam Kerajaan Malaysia yang baru ini supaya beliau boleh bantu menyelesaikan masalah- masalah rakyat Cameron Highlands dengan lebih berkesan. Beliau telah mengkaji masalah yang dihadapi oleh komuniti Cameron Highlands, termasuk Asli, dan paling layak untuk membantu kesemua empat kaum di Cameron Highlands.

 Kami percaya penglibatan Manogaran dalam pentadbiran Malaysia akan menjadi aset kepada kerajaan PH, kerana untuk seorang pemimpin yang tidak pernah putus asa mementang lawan yang jauh lebih besar daripada beliau, cuba bayangkan apa yang boleh beliau sumbangkan kepada rakyat Malaysia jika diberi peruntukan dan jawatan dari Kerajaan.

Sekian,
Rakyat Cameron Highlands.

 

Pakatan Harapaan just formed the new government after 60 years of being under Barisan Nasional's (BN) grip. All eyes are on this new government, and how they run the country will be under very close scrutiny from various parties, be it local or international.

It is vital for Pakatan Harapan to pick and elect leaders of calibre to help lead the new coalition in the administration of Malaysia. We the people of Cameron Highlands have been facing tremendous problems and have long decided that change is needed in this constituency. The problems in Camerons need federal government’s intervention.

We overwhelmingly voted for the opposition (Pakatan Rakyat & Pakatan Harapan) in GE13 and GE14 because we wanted our voices to be heard in Parliament. But we are deprived of a representation at the federal level. Although we are happy with PH taking over as the government, we want a representative to represent our plight at the federal level as the state government of Pahang remains under Barisan Nasional.

We the people of Cameron Highlands, believe that one such leader is Manogaran, the parliament candidate for the Cameron Highlands constituency. We have been following Manogaran's development in Cameron Highlands since 2013. He put up a brave fight against the then Malaysian Indian Congress (MIC) president, G. Palanivel, the Environment Minister, but fell short of 462 votes to win.

This time around, he worked hard throughout, and again fell short by just 597 votes to the MIC Youth Chief, Dato Sivaraajh. We all know the money politics employed by the BN coalition every election. Money politics is a significant determinant factor in Cameron Highlands because 20% of the 32000 voters here are Asli voters, who live mostly in hardcore poverty. The votes of this huge amount of voters are easily swayed by money politics as mentioned.

Despite that, due to his continuous hard work, Manogaran has seen a significant increase in Asli votes, although not enough compared to the influence of money/ bribery. We in Cameron Highlands believe that Manogaran is the true winner of the P078 constituency for the past two elections, and only fell short of winning because of the dirty and illegal campaign tactics used by Barisan Nasional.

We are also aware that, he was put against Dato Mah Siew Keong in Teluk Intan during GE 12 (2008). Dato Mah was the then Vice President of Parti Gerakan Rakyat (Gerakan)  and also the Deputy Agriculture and Agro-based Industry Minister. Manogaran won by a healthy margin of 1470 votes.

Our point is this, Manogaran's political path has never been an easy one. He has always taken on opponents much stronger and influential than him in the past three elections. He has won once and came close twice. Before this, the Cameron Highlands seat was considered a Barisan Nasional safe deposit, but we know this is no longer the case, largely attributed to Manogaran's hard work. Manogaran is a tireless leader fighting for a better Malaysia. We have faith in his leadership.

We therefore urge the Pakatan Harapan leadership to consider appointing Manogaran to a government position of ministrial status so that he can effectively carry out solving the problems of the Camerons people, whereby the issues affecting the people here are unique. He has also done considerable amount of work with the Asli communities and therefore, he is well placed to look into the problems affecting all the four races in CH.

 We believe Manogaran's involvement in the governance of this country will be an asset to Pakatan Harapan, because for a leader, despite being the under dog, to tirelessly fight over and over again, imagine what he could accomplish given enough resources and allocation.

Thank you,
The People of Cameron Highlands

 



Today: thiraviyam is counting on you

thiraviyam thiru needs your help with “Voters of Cameron Highlands & Voter in Malaysia: Rakyat Cameron Highlands Hendak Manogaran di Pentadbiran Pusat”. Join thiraviyam and 414 supporters today.