PEMULANGAN YURAN KOLEJ USIM DAN YURAN ANTARABANGSA USIM

PEMULANGAN YURAN KOLEJ USIM DAN YURAN ANTARABANGSA USIM

0 have signed. Let’s get to 2,500!
At 2,500 signatures, this petition is more likely to get picked up by local news!
Suara Pelajar USIM started this petition to Universiti Sains Islam Malaysia

Assalamualaikum para mahasiswa/i USIM.

Petisyen ini adalah sebuah inisiatif individu dimana bertujuan untuk mengumpul sokongan dari rakan mahasiswa sekalian bagi membolehkan mesej yang jelas diberikan kepada pihak pengurusan USIM berkenaan isu yuran kolej, pengajian dan yuran antarabangsa yang timbul baru-baru ini.

Isu yang timbul adalah seperti berikut:

1. Yuran Kolej

Seperti yang telah diketahui, yuran kolej bagi Semester 1 2020/2021 tidak akan dipulangkan sepenuhnya oleh pihak USIM. Berikutan dari perkara ini, ramai mahasiswa terutamanya tahun 1 yang telah terkesan kerana mereka tidak pernah langsung lagi menjejakkan kaki ke kampus, apatah lagi kolej dan terpaksa menanggung kerugian ini. 

2. Yuran GISO

Berikutan pandemik, USIM telah menangguhkan aktiviti-aktiviti GISO dan lawatan antarabangsa yang menyebabkan para pelajar tidak boleh menuntut yuran antarabangsa mereka. Perkara ini adalah berada diluar bidang kawalan pelajar dan seharusnya USIM memulangkan yuran tersebut kepada para pelajar yang tidak sempat untuk menyertai program berikut, terutamanya pelajar tahun akhir.

3. Yuran Pengajian

Yuran pengajian yang dikurangkan adalah sangat tidak berpatutan memandangkan pelajar tidak langsung menggunakan fasiliti-fasiliti di USIM seperti perpustakaan, pengangkutan, ko-kurikulum, dan lain-lain yang berkenaan.

Justeru itu, kami para pelajar menyeru agar pihak yang berkenaan, seperti Majlis Perwakilan Pelajar untuk menyampaikan luahan hati dan keluh kami kepada pihak berkaitan. Petisyen ini juga penting bagi memberi isyarat yang jelas kepada semua pemutus keputusan berkaitan pengurangan yuran pengajian ini.

0 have signed. Let’s get to 2,500!
At 2,500 signatures, this petition is more likely to get picked up by local news!