Unban Gelsoft In Malaysia

Unban Gelsoft In Malaysia
Why this petition matters
Gelsoft adalah sejenis sukan yang menggunakan senapang tiruan yang menembak gel ball yang tidak merbahaya. Ia dikuasakan dengan menggunakan bateri atau gas. Alasan gelsoft diharamkan adalah kerana rupa nya yang seakan-akan senapang/pistol yang sebenar. Ia juga boleh disalah guna oleh orang yang tidak bertanggungjawab untuk melakukan jenayah, seperti merompak.Seluruh komuniti gelsoft rasa yang gelsoft perlu dibenarkan atas sebab tertentu dan dengan syarat2 tertentu. Sebab yang pertama, rata2 kes jenayah di Malaysia melibatkan senjata tajam seperti parang dan pisau, lihat jiran kita contohnya Indonesia, disana airsoft dan gelsoft diabenarkan, malah disokong oleh kerajaan mereka, namun tiada satu pun kes jenayah yang melibatkan airsoft atau gelsoft. Sukan ini dapat menggalakkan anak muda menyertai tentera sekiranya berlaku konflik di negara kita. Saya mencadangkan gelsoft di benarkan dengan syarat2 tersebut. Pertama, senapang gelsoft tidak dibenarkan dibawa di kawasan terbuka. Jika tidak, denda 5ribu hingga 10ribu ringgit. Kedua, hanya main di tempat yang disediakan dan tempat yang tertutup. Ketiga, Hujung barrel mesti di warnakan oren. Keempat, kekuatan tembakan mestilah dibawah 400fps.Kelima, Bayaran yuran 100ringgit setiap tahun. Kami komuniti gelsoft sangat menghargai jika mana2 ahli parliament membincangkan hal ini di parliament. Terima kasih.