Support Tun Mahathir to be Education Minister!

0 have signed. Let’s get to 1,000!


This petition is being made to support Tun Mahathir to take up the Education Minister post, following the latest news on 18 May 2018 at 6pm that he will step back from assuming the post as seen here:

It is stated in the Pakatan Harapan's manifesto under Promise 12 that the "Prime Minister will not simultaneously hold other ministerial posts, especially the post of Minister of Finance".

In Promise 12, it is obvious that the SPIRIT of the promise is to prevent potential future abuse of power by limiting the PM's influence. Key ministries that easily permits abuse of power are Finance Ministry, Home Ministry and Defence Ministry. 

  • Finance Ministry allows the PM to misappropriate funds with ease.
  • Home Ministry gives the PM control over the police force, law enforcement and public security.
  • Defence Ministry empowers the PM with the military force.

Other ministries do not allow the PM to directly commit blatant abuse of power due to the function of the ministry.  In this regard, having the Education Ministry assigned to the PM do not go against the SPIRIT of Promise 12 in Pakatan Harapan's manifesto.

Senior Pakatan Harapan leaders have also voice out to emphasize that the primary intent of Promise 12 is to prevent the PM to hold the Finance Ministry portfolio.

We, the rakyat, acknowledge that the wording in Pakatan Harapan's manifesto indicate a complete ban on the PM to hold ministerial posts, but more importantly, we would like to emphasize that the SPIRIT of the manifesto takes precedent.

We know that at 93 years old, Tun Mahathir's days are indeed limited, and we can see that he has plans to reform the education system in Malaysia. Education is not for you and me, but for our children who will inherit our beloved Malaysia.

If Tun Mahathir can abolish GST in 7 days after taking office as PM, let's all support him by allowing him to work his miracle in our less-than-desirable education system.

 ----------------------------------------------------------------------------------------------

Petisyen ini dibuat untuk menyokong Tun Mahathir untuk mengambil jawatan sebagai Menteri Pelajaran, berikutan berita terkini pada 18 Mei 2018, pukul 6 petang, bahawa beliau akan melepaskan portfolio tersebut:

https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/05/18/dr-m-steps-back-from-being-new-education-minister/
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2018/05/18/after-criticism-dr-m-gives-up-education-portfolio/

Dalam manifesto Pakatan Harapan, Janji 12 menyatakan bahawa "Perdana Menteri tidak akan memegang jawatan menteri lain, terutamanya jawatan Menteri Kewangan".

Janji 12 dimaktubkan dalam manifesto berdasarkan SEMANGAT untuk mencegah kemungkinan penyalahgunaan kuasa dengan menghadkan kuasa PM. Kementerian-kementerian utama yang  membenarkan penyalahgunaan kuasa dengan mudah adalah Kementerian Kewangan, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan.

  • Kementerian Kewangan membenarkan PM untuk menyeleweng dana dengan mudah.
  • Kementerian Dalam Negeri memberikan kawalan kepada PM terhadap polis, penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan awam.
  • Kementerian Pertahanan memberi kuasa kepada PM dalam hal ehwal ketenteraan.

Kementerian-kementerian lain tidak membenarkan PM untuk meyalahgunakan kuasa secara mudah berdasarkan fungsi kementerian tersebut. Lantas, sekiranya Kementerian Pelajaran ditugaskan kepada PM, ia tidak bertentangan dengan SEMANGAT Janji 12 dalam manifesto Pakatan Harapan.

Pemimpin atasan Pakatan Harapan juga telah menyuarakan bahawa tujuan utama Janji 12 adalah untuk menghalang PM daripada memegang portfolio Kementerian Kewangan, dan bukannya untuk melarang PM daripada memegang semua portfolio.

Kami sebagai rakyat mengakui bahawa peruntukan dalam manifesto Pakatan Harapan menyatakan secara jelas berkenaan larangan pada PM untuk memegang sebarang jawatan menteri. Namun demikian, kami ingin menekankan bahawa SEMANGAT manifesto dalam Janji 12 adalah lebih penting daripada kata-kata dalam manifesto tersebut.

Kita sedar bahawa pada usia lanjut 93 tahun, masa Tun Mahathir memang terhad, dan kita dapat melihat bahawa beliau mempunyai rancangan untuk memulihkan sistem pendidikan di Malaysia. Pendidikan bukanlah untuk kita, tetapi untuk anak-anak kita yang akan mewarisi Malaysia yang kita cintai kelak.

Sekiranya Tun Mahathir dapat menghapuskan GST dalam masa 7 hari setelah berkhidmat sebagai PM, mari sama-sama kita menyokong beliau dalam usaha pemulihan sistem pendidikan kita yang kini kurang memuaskan.

 



Today: ZD is counting on you

ZD Leong needs your help with “Tun Mahathir: Support Tun Mahathir to be Education Minister!”. Join ZD and 647 supporters today.