ROBOH KILANG PENCEMAR AIR SELANGOR - EXCO SELANGOR WAJAR LETAK JAWATAN

ROBOH KILANG PENCEMAR AIR SELANGOR - EXCO SELANGOR WAJAR LETAK JAWATAN

0 have signed. Let’s get to 1,000!
At 1,000 signatures, this petition is more likely to be featured in recommendations!
Raja Alias started this petition to Tun Mahathir

ROBOH KILANG PENCEMAR AIR SELANGOR
Exco Selangor Gagal Lagi
MB Selangor Main Wayang

1. Sejak semalam, lebih 1.2 juta rumah dan premis di Selangor mengalami masalah bekalan air ekoran 4 loji rawatan air ditutup akibat pencemaran sumber air mentah dan dijangka berlarutan sehingga 4 hari.

2. Puncanya, sebuah kilang membuang sisa minyak, mengalir ke dalam Sungai Gong, Rawang. Sg Gong mengalir ke Sungai Sembah yang merupakan anak sungai utama kepada Sg Selangor, hanya 17km ke Loji Rawatan Air Rantau Panjang. Kemudian, ia melibatkan 3 Loji Rawatan Air yang lain.

3. Kilang tersebut dimiliki Yip Chee Seng & Sons Sdn Bhd, syarikat pembekal jentera dan bahan pembinaan. Kilang ini menyelenggara jentera berat, beralamat di Lot 4219, Jalan Batu Arang, Kampung Sungai Dua, Rawang.

4. Sebelum ini, pada 19 Mac 2020, kilang tersebut pernah dikompaun oleh Jabatan Alam Sekitar Selangor sebanyak RM60,000 atas kesalahan yang sama. Kilang tersebut membuat minyak enjin terpakai sehingga 4 loji rawatan air terpaksa ditutup.

5. Dua kali perbuatan yang sama, berulang. Yang menderita, rakyat Selangor. Dan bukan dua kali ini sahaja, tetapi berulang-ulang saban tahun.

6. Pada 31 Ogos 2013, 4 loji yang sama terpaksa ditutup kerana pencemaran Sg Gong akibat minyak diesel terpakai dari sebuah bengkel menyelenggara jentera berat di lokasi berdekatan kilang di atas.

Pemilik bengkel terbabit, Ng Kim Bok dan isterinya kemudiannya mengaku tidak bersalah selepas 30 pertuduhan dibacakan terhadap mereka dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa mahkamah – antaranya kesalahan mencemarkan tanah, membuang sisa ke sumber air dan ‘mencuri’ sumber air di belakang premis.

8. Pada 19 Julai 2019, 4 loji yang sama terpaksa ditutup kerana pencemaran minyak hitam di Sg Liam, Batang Kali dan tumpahan diesel akibat aktiviti korek pasir di Bestari Jaya.

7. Pada 28 September 2019, lebih 370,000 rumah dan premis di Selangor mengalami gangguan bekalan air kerana pencemaran sumber air mentah di Sungai Semenyih. Dua bulan selepas itu, pada 21 Disember 2019, insiden yang sama berulang.

8. Dr. Mohd Yusoff Ishak, Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Alam Sekitar, UPM pernah mengulas panjang isu ini. Menurutnya, pada 2019 sahaja, 9 kali gangguan bekalan air kritikal berlaku di Lembah Klang.

9. Sementara itu, Menteri Besar Selangor dalam kenyataan media bertulisnya hari ini mahu ADUN turun padang sebagai frontliner, bantu rakyat yang terjejas. Bagaimanapun, menurut poster yang disiarkan ADUN Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli, beliau dan MB dijadualkan bersama di Kota Kinabalu hari ini.

10. Gambar beliau di Kota Kinabalu hari ini: https://twitter.com/lilsperm_/status/1301811793602310144

Sila sign petisyen ini dan sebarkan. 5/9/2020

0 have signed. Let’s get to 1,000!
At 1,000 signatures, this petition is more likely to be featured in recommendations!