Sokong YB Hjh Fuziah Salleh [ MP Kuantan ] dilantik sebagai Menteri Alam Sekitar

0 have signed. Let’s get to 1,000!


YB Hjh Fuziah Salleh bukanlah orang yang asing dalam negara Malaysia.Sepanjang penglibatan beliau sebagai ahli Parlimen Kuantan, beliau banyak mengetengahkan isu isu masalah dan penyelesaian berkaitan alam sekitar di peringkat negeri mahupun negara.Kerja keras beliau dalam memastikan kelestarian alam sekitar terjamin dan tidak menjejaskan masyarakat diperakui oleh penduduk dan rakyat Malaysia.Pelbagai isu alam sekitar  dibawa oleh beliau ketika didalam Parlimen antaranya penebangan hutan tidak terkawal, isu Pelombongan Bauksit yang tidak terkawal yang memberi kesan kepada warga Kuantan dan kilang LYNAS yang mendapat liputan di dalam dan diluar negara.

Beliau juga banyak ditemuramah oleh wartawan di dalam negara mahupun diuar negara termasuk dipanggil menghadiri persidangan dan menjadi perunding melatih ahli parlimen wanita diluar negara.

Kami yakin dengan integriti dan kepimpinan serta perjuangan beliau selama ini, beliau merupakan calon terbaik untuk dilantik Menteri Alam Sekitar dalam kerajaan Pakatan Harapan pada kali ini.

Jika anda yakin dengan kemampuan beliau untuk mengetuai Kementerian Alam Sekitar dalam Kerajaan Pakatan Harapan pada kali ini, sila nyatakan sokongan anda dengan sign this petition dan kongsikan bersama kawan dan juga keluarga.

FB : Fuziah Salleh



Today: Mustaqim is counting on you

Mustaqim AJH needs your help with “Tun Dr Mahathir : Kami menyokong YB Hjh Fuziah Salleh [ MP Kuantan ] dilantik sebagai Menteri Alam Sekitar”. Join Mustaqim and 571 supporters today.