DAYAK Sarawak AGAINST Party Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) inclusion in Harapan (PH)

0 have signed. Let’s get to 100!


To Pakatan Harapan,

Kami Dayak Sarawak tidak ingin PBB atau parti Dayak yang lain seperti PRS untuk menyertai PH demi kepentingan mereka dan menutup kesalahan mereka. Penyertaan PBB untuk masuk PH amat ditentang sekeras-kerasnya oleh kami kaum Dayak kerana mereka telah sekian lama menindas hak orang asal, menyeleweng dana peruntukan pembangunan luar bandar untuk kekayaan keluarga dan kroni mereka.

PBB sebagai parti yang telah memerintah Sarawak sejak tahun 1973 hasil dari gabungan Parti Pesaka dan Parti Bumiputera telah mengamalkan sistem diskriminasi terhadap kaum-kaum peribumi di Sarawak. Mereka juga hanya pandai memperjudikan masa depan Sarawak dan sehingga kini seorang aktivis hak asasi manusia dan tanah adat isitu Bill Kayong tiada pembelaan terhadap kematian beliau.

Selain itu, menteri-menteri dan ahli politik yang mewakili PBB juga terlibat dalam projek pembalakan haram, pembukaan ladang sawit dan sebagainya telah mengakibatkan ramai orang asal hilang tanah adat nenek moyang mereka. Terdapat lebih 300 kes rampasan tanah NCR berlaku di Sarawak semenjak PBB memerintah.

Tolong jangan hampakan nasib rakyat Sarawak yang teraniaya, ditindas & didiskriminasi oleh PBB. Sekiranya hasrat kami Dayak tidak dipedulikan, percayalah akan berlaku tsunami Dayak di Sarawak



Today: Dom is counting on you

Dom Spero Spero needs your help with “Tun Dr Mahathir: DAYAK Sarawak AGAINST Party Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) inclusion in Harapan (PH)”. Join Dom and 13 supporters today.