Stop blindWalk12

0 have signed. Let’s get to 100!


Bahasa Melayu

 

Banyak syarikat utama dan syarikat "startup" mengimplimentasikan pendekatan terbaik untuk mempromosikan rekabentuk inklusif ke dalam projek dan prinsip penciptaan produk dan perkhidmatan mereka. Kerajaan
dan badan bukan kerajaan di banyak negara sedang berusaha keras untuk menghapuskan halangan sosial Orang Kurang Upaya atau OKU. Walau bagaimanapun, kita masih mempunyai pelajar universiti moden yang masih tidak berganjak dengan model medikal "medical model" yang semata-mata menekankan pendekatan berasaskan kebajikan untuk membantu orang kurang upaya. Satu projek dengan nama "blind Walk" 12 dijalankan oleh sekumpulan pelajar dari Kolej Kediaman ke-12 Universiti Malaya.
Ia merupakan projek berbentuk kebajikan semata-mata dan ia dilakukan tanpa perbincangan dan perundingan lebih awal dengan badan pelajar kurang upaya di universiti ini.
Nama projek itu sendiri menyiratkan motif kebajikan dan tidak langsung mempunyai unsur kesedaran sosial.Lebih-lebih lagi, projek ini dapat mengelirukan pendekatan inklusif terhadap orang kurang upaya dan mempromosikan simpati berasaskan amal kebajikan. Sebagai satu komuniti OKU, kita mahu dianggap sebahagian daripada masyarakat yang mempunyai hak sendiri dan idea untuk memajukan masyarakat dan negara. projek berunsur kesedaran harus lebih memberi fokus kepada perjuangan hak ketidakupayaan dan tidak berpusat pada dana dan model amal kebajikan.

Projek ini perlu dihentikan kerana ia benar-benar memberi kesan kepada cara masyarakat melihat OKU buta dan Orang Kurang Upaya. Sekiranya projek ini berjalan dengan jayanya, banyak lagi projek dan idea yang serupa akan terhad kepada "medical model" lama yang hanya menggalakkan simpati daripada masyarakat kita.

Sokongan semua orang akan menyalurkan maklumat yang tepat kepada masyarakat yang kita memerlukan empati dan pendekatan inklusif, bukannya dana semata-mata.

 

English Language

Many mainstream companies and startups are doing their best to promote inclusivity into their projects and design principles. Government and non-governmental organizations in many countries are working towards zeroing the social barriour of the disabled or Person With Disabilities. Despite of these broad approach, we still have modern university students sticked themselves with an old medical model which is purely a charity based approach to aid the disabled. A project by the name of Blind walk 12 is being conducted by some students from 12th Residential College from the University of Malaya. It's a purely fund raising project with no prior discussion and consultation with the disabled student body in this university. The name of the project itself implies its pure fund raising motive more than raising awareness. Further more, this project can mislead the inclusive approach towards the disabled and promote charity based sympathy. As a community, we want to be included in the whole society and the raise of awareness should be more on rights and issues of disability and not centered on funds and charity model.

This project need to be stopped as it really impact how the society views the blind or disabled community. If this project runs successfully, many more similar projects and ideas will be narrowed to this old mallfunction model which only promotes sympathy.

The support of everyone will channel right information to the society that we need more empathy and inclusivity, not monetary funding.



Today: kaveinthran is counting on you

kaveinthran pulanthran needs your help with “the whole blind community: Stop blindWalk12”. Join kaveinthran and 35 supporters today.