Kemudahan Internet Fiber Berkelajuan Tinggi di Keladan dan Sanggang, Temerloh

Kemudahan Internet Fiber Berkelajuan Tinggi di Keladan dan Sanggang, Temerloh

0 have signed. Let’s get to 100!
At 100 signatures, this petition is more likely to be featured in recommendations!
Mohd Fikri started this petition to Telekom Malaysia Berhad and

Selamat Sejahtera.

Perkara di atas dengan hormatnya dirujuk.

Petisyen ini dibuat untuk memohon pihak Pihak Telekom Malaysia Berhad dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mempertingkatkan kemudahan internet fiber berkelajuan Internet di Keladan, Temerloh. Hal ini berikutan, pembangunan di kawasan ini sedang giat membangun dan terdapat beberapa buah sekolah dan juga sebuah kolej vokasional. 

Kemudahan Internet sangat penting pada masa kini seiring dengan perkembangan teknologi maklumat negara. Oleh itu, dengan kemudahan disediakan ini dapat membantu komuniti setempat di kawasan ini agar lebih prihatin terhadap pembangunan ICT dengan capaian intenet yang berkelajuan tinggi tanpa gangguan. 

Demi masa depan yang lebih cerah serta ingin perkhidmatan kepada komuniti yang berterusan dalam dunia siber yang serba canggih dan berubah setiap masa ini. Kami berharap pihak TM dan SKMM mendengar permintaan kami dan memberi kerjasama untuk mewujudkan kemudahan internet fiber berkelajuan tinggi.

Sekian, Terima Kasih

 

0 have signed. Let’s get to 100!
At 100 signatures, this petition is more likely to be featured in recommendations!