Mengekalkan Padang Awam Tanjung Aru

Mengekalkan Padang Awam Tanjung Aru
Why this petition matters

Seperti yang kita semua tahu, Tanjung Aru ingin di bangunkan oleh Tanjung Aru Eco Development (TAED) untuk menambah resort hotels, area perumahan, marina, pusat hiburan, beach club serta tempat makan. mengikut Master plan yg sedia ada. padang keramat Tanjung Aru termasuk sekali untuk di bangunkan. Petition ini adalah untuk mengekalkan padang ini atas tujuan utama iaitu sebagai kegunaan komuniti di Kota Kinabalu. Padang ini adalah padang awam terakhir yang ada di Bandar Kota Kinabalu. Padang ini bukan sahaja digunakan untuk bersukan, malah ianya di gunakan untuk beriadah untuk keluarga di sekitar kawasan tersebut. Kita semua faham pembangunan itu penting untuk sebuah negara. Akan tetapi, ianya memberikan kesinambungan dalam pembangunan dimana masih ada kawasan hijau walaupun di dalam sebuah bandar yang pesat membangun. Mari lah kita bersama-sama bersatu agar padang ini di kekalkan.