TAK NAK Kilang Kelapa Sawit Milik Mastika di Jementah, Johor.

0 have signed. Let’s get to 2,500!


Kita TAK NAK Kilang Kelapa Sawit Milik Mastika berada di lokasi sedia ada (Jementah, Johor) yang begitu dekat dengan kawasan perumahan dan loji air yang membekalkan air kepada penduduk di Jementah.

Kita TAK NAK Kilang Kelapa Sawit Milik Mastika yang mengeluarkan bau busuk sehingga menjadi mimpi ngeri para penduduk Jementah. Bolehkah kamu bayangkan bau busuk yang menjijikkan itu mengikut kamu setiap hari tanpa mengira kamu sedang makan, tidur, bekerja atau bersekolah?

Kita TAK NAK Kilang Kelapa Sawit Milik Mastika yang berpotensi menjadi punca pencemaran air dan pencemaran tanah. Pencemaran bau dengan serius sekali telah menjejaskan kehidupan seharian kita. Kita tidak akan bertolak ansur dengan sebarang kegiatan yang menyebabkan pencemaran.

Kita TAK NAK Kilang Kelapa Sawit Milik Mastika kerana tidak mahu kampung halaman kita yang indah dimusnahkan dan kesihatan ahli keluarga kita diancam.

TAK NAK Kilang Kelapa Sawit Milik Mastika! TAK NAK Kilang Kelapa Sawit Milik Mastika! TAK NAK Kilang Kelapa Sawit Milik Mastika!



Today: Ren Jie is counting on you

Ren Jie Chin needs your help with “TAK NAK Kilang Kelapa Sawit Milik Mastika di Jementah, Johor.”. Join Ren Jie and 1,821 supporters today.