SYED SADDIQ FOR THE YOUTH AND SPORTS MINISTER

0 have signed. Let’s get to 100!


BAKAL MENTERI BELIA DAN SUKAN??

Dalam keadaan Politik negara dengan pentadbiran baru dari Pakatan Harapan telah membuka satu wadah politik baru iaitu semua pihak mempunyai hak kebebasan bersuara tidak kira mana parti politik sekalipun , Kami tidak mewakili Armada, Kami juga bukanlah ahli dari mana-mana ahli politik , tetapi kami menyokong secara terbuka YB Syed Saddiq Syed Abd Rahman untuk menjadi Menteri Belia dan Sukan kerana hanya beliau yang sinonim dengan definisi "Belia" atau "Anak Muda" .. 

Semakin lama, semakin hari, nama Syed Saddiq semakin meningkat naik. Seperti sedia maklum, beliau merupakan KETUA ANGKATAN ANAK MUDA BERSATU (ARMADA) PPBM Pusat. Terbaru beliau di katakan bakal memegang portfolia MENTERI BELIA DAN SUKAN dalam kabinet PAKATAN HARAPAN yang bakal di umumkan oleh PM kita iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad. Jika dulu beliau dikenali disebabkan kehebatannya di dalam debat dan sering meraih anugerah, namun kini beliau semakin dikenali ramai sejak menjadi Ahli Parlimen Muar dengan menewaskan 'org lama BN' iaitu Datuk Razali Ibrahim. Biarpun dalam usianya yang masih mudah, namun beliau telah menggalas tanggung jawab demi agama, bangsa dan kemakmuran negara.

Jom kita kenali 24 fakta menarik bakal MENTERI BELIA DAN SUKAN kita, Syed Saddiq dengan lebih dekat lagi.

1. Nama penuhnya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

2. Berusia 26 tahun, lahir pada 6 Disember 1992.

3. Ahli Parlimen Muar, Ketua ARMADA Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

4. Berasal dari Johor Bahru, anak kedua daripada empat beradik.

5. Bersekolah di Sekolah Kebangsaan Taman Perling, Johor Bahru.

6. Meneruskan persekolahan di Maktab Sultan Abu Bakar (English College) dan Maktab Tentera Diraja (RMC).

7. Berkelulusan jurusan Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM).

8. Buat 5 kerja sambilan ketika masih menuntut di UIAM; pensyarah sambilan dalam subjek pengucapan awam, penyelidik di Bait Al-Amanah dan pelatih debat untuk Junior UIA dan bersyarah secara berkala di luar negara; Qatar, China, Indonesia dan Filipina).

9. Diiktiraf sebagai Pendebat Terbaik Asia. Hebat, kan?

10. Telah mengembara ke 25 buah negara sambil mempelajari banyak benda baru. Terutama dalam bidang sosio budaya dan ekonomi.

11. Dianugerahkan Pendebat Terbaik Asia ketika mewakili UIAM dalam Kejohanan Debat Bersatu Asia (UADC) di Bali, Indonesia.

12. Turut dianugerahkan Pendebat Terbaik (ESL) di Kejohanan Australasia, Cambridge dan Oxford Inter-varsities 2012-2014.

13. Sangat meminati aktiviti sukan. Tentunya hoki dan polo air.

14. Suka membaca buku dan mengajar. ‘Sure’ pelajar tak kan ‘missed’ kelas hari-hari.

"Surat Tawaran"

15. Dapat tawaran melanjutkan pengajian Master dalam Public Policy (MPP) di Blavatnik School of Government, Universiti Harvard tapi sanggup menolak peluang melanjutkan pelajaran untuk terus aktif berpolitik. Terutama utk memperkasakan penglibatan politik golongan belia di dalam PPBM khususnya PAKATAN HARAPAN.

16. Tak segan nak mengakui yang dia 'anak emak'. Ini kerana, baginya ibu adalah sumber inspirasinya utk berjaya dan berjuang dalam kehidupan.

17. Pegawai Penyelidik kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ke-7.

18. Boleh fasih berbahasa Inggeris, tetapi 'tidaklah pandai sangat'.


19. Sangat meminati Ibunya, Sharifah bidang perguruan kerana ibunya Mahani Syed Abdul Aziz seorang guru. Beliau pernah membantu ibunya mengajar kelas tuisyen.

20. Sering berpegang pada kata-kata prinsip ibunya... "jika apa-apa berlaku pada dirinya, orang pertama yang berada di barisan hadapan untuk menyokongnya adalah ibunya sendiri". Beliau sangat kuat bekerja, sama seperti ibunya.

21. Mudah di dekati golongan belia, kerana beliay mudah mesra serta boleh menerima teguran serta pandangan belia untuk memajukan serta bersama-sama beliau "Membina Semula Malaysia".

22. Beliau beranggapan golongan belia perlu diberi lebih ruang dan peluang dalam bidang politik kerana golongan inilah yang akan memacu serta membawa Malaysia ke arah yang lebih di pandang tinggi oleh negara luar.

23. Sentiasa mendahului golongan belia dalam pelbagai perkara. Sangat memahami permasalahan yg di hadapi.

24. Korupsi adalah musuh nombor 1 beliau. Tidak suka budaya bodek membodek subur di kalangan belia khususnya.

Jadi tidak hairanlah kenapa Syed Saddiq layak mengisi jawatan di Kementerian Belia dan Sukan. Semoga YB Syed Saddiq berjaya dalam hidup dan kerjayanya!



Today: Üsnet is counting on you

Üsnet Chekov needs your help with “SYED SADDIQ FOR THE YOUTH AND SPORTS MINISTER”. Join Üsnet and 46 supporters today.