WUJUDKAN SEMULA PERKHIDMATAN BAS BERHENTI-HENTI DI ANTARA TAPAH - RINGLET - TANAH RATA!

0 have signed. Let’s get to 100!


Perkhidmatan bas berhenti-henti merupakan mod komunikasi utama bagi golongan berpendapatan rendah. Malangnya, perkhidmatan ini tidak lagi wujud di kebanyakkan kawasan di Cameron Highlands, terutama di antara Tapah - Ringlet - Tanah Rata. Parti Sosialis Malaysia (PSM) Cawangan Cameron Highlands telah menerima beberapa permintaan supaya kami mengusahakan sesuatu untuk mengembalikan perkhidmatan ini.

Anda mungkin tidak lagi menggunakan perkhidmatan bas tetapi tandatangan anda akan membantu keluarga-keluarga berpendapatan rendah untuk berulang-alik. Tidak dinafikan, perkhidmatan bas ini juga akan membantu warga pekerja asing di Cameron Highlands yang juga tergolong dalam kumpulan berpendapatan rendah.

Perkhidmatan ini tidak boleh dibuat berdasarkan keuntungan kerana pergerakan manusia adalah satu kemestian yang juga penting untuk golongan berpendapatan rendah. Kami ingin menyeru kepada SPAD supaya memberikan subsidi kepada mana-mana syarikat bas yang akan mengendalikan perkhidmatan ini. Adalah tidak berasas jika dikatakan perkhidmatan bas boleh disediakan di laluan ini hanya jika syarikat bas boleh membuat keuntungan.

Perkhidmatan bas awam juga akan mengurangkan pencemaran alam sekitar dari segi pelepasan Karbon ke udara berbanding penggunaan kenderaan persendirian yang banyak. Harap anda yang membaca dapat menandatangan sebagai menyokong permintaan perkhidmatan bas berhenti-henti ini. 

Kami sedang mengedarkan borang tandatangan di kalangan penduduk berpendapatan rendah di Ringlet, Lembah Bertam dan Tanah Rata untuk mengumpulkan tandatangan. Sokongan anda yang boleh melayari laman web akan membawa petisyen lebih ke hadapan.

Sekian.

Cameron Highlands untuk 99% penduduk, bukan hanya 1%!

Salam Perjuangan!



Today: Parti Sosialis Malaysia (PSM) Cameron Highlands is counting on you

Parti Sosialis Malaysia (PSM) Cameron Highlands needs your help with “Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD): WUJUDKAN SEMULA PERKHIDMATAN BAS BERHENTI-HENTI DI ANTARA TAPAH - RINGLET - TANAH RATA!”. Join Parti Sosialis Malaysia (PSM) Cameron Highlands and 43 supporters today.