Petisyen Pemohonan untuk Mengekalkan Pusat Internet Saujana Utama

Petisyen Pemohonan untuk Mengekalkan Pusat Internet Saujana Utama

0 have signed. Let’s get to 100!
At 100 signatures, this petition is more likely to be featured in recommendations!
Mohd Adam MOHD RAZALI started this petition to Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (SKMM)

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Perkara di atas dengan hormatnya dirujuk.

Petisyen ini dibuat untuk memohon pihak Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (SKMM) untuk mengekalkan keberadaan Pusat Internet Saujana Utama. Hal ini berikutan, Pusat Internet telah dapat makluman awal tentang penamatan kontrak bagi Fasa Clawback 2014 yang mana Pusat Internet Saujana Utama berada di bawah seliaan projek tersebut.

Perihal perancangan penutupan Pusat Internet Saujana Utama amatlah tidak wajar atas sebab-sebab tertentu.

Pusat Internet Saujana Utama (Clawback 2014) adalah merupakan satu pendekatan dalam merapatkan jurang digital komuniti setempat dalam pembangunan teknologi ICT.  Pusat Internet (PI) berfungsi sebagai pusat akiviti pembelajaran dan pembangunan kapasiti sepanjang hayat kepada masyarakat bagi mendapatkan pengetahuan formal dan tidak formal. Dengan kemudahan disediakan ini dapat membantu komuniti agar lebih prihatin terhadap pembangunan komuniti celik ICT melalui kelas yang diadakan. Antara kelas yang pernah dijalankan adalah Kelas Mereka Poster Online, Kelas Bermain sambil Belajar bagi kanak-kanak prasekolah, Kelas Adobe Photoshop dan Kelas Design Website bagi golongan dewasa serta baru-baru ini kami telah bersama-sama menganjurkan kelas pengenalan Robotik buat para pelajar. Sambutan yang diterima bagi setiap kelas amat menggalakkan memandangkan kos yuran yang diperlukan hanyalah RM5 untuk keahlian seumur hidup sahaja. Bagi golongan yang kurang berkemampuan, ini adalah peluang ntuk mereka belajar dengan fasiliti yang alengkap tanpa mengeluarkan modal yang tinggi bagi tujuan pembelajaran.

Selain daripada kelas ICT percuma, komuniti juga dapat menikmati penggunaan internet secara percuma untuk 1 jam pertama setiap kali penggunaan dan caj serendah RM1 sahaja bagi setiap jam penggunaan. Ini adalah caj yang paling rendah jika dibandingkan dengan café siber yang lebih mahal harganya. PI juga menawarkan perkhidmatan cetakan (printing) jauh lebih murah dan ini membolehkan golongan pelajar dan pengguna lain menggunakan perkhidmatan ini tanpa risau akan caj yang dikenakan.

Bagi bidang keusahawanan, Pusat Internet bertindak sebagai hab aktiviti pemasaran perniagaan dalam talian dan pelbagai kemudahan aplikasi e-kerajaan, e-perdagangan, peluang pekerjaan, urus niaga perbankan dalam talian dan lain-lain. Melalui usahasama yang erat Bersama badan NGO iaitu PERDASAMA Daerah Kuala Selangor, pelbagai bengkel keusahwanan telah dijalankan. Usaha ini mendapat sambutan baik daripada golongan usahawan yang memerlukan pengetahuan serta peluang-peluang untuk melebarkan lagi sayap perniagaan mereka.

Selain kelas dan perkhidmatan yang disediakan, PI juga bertindak sebagai pusat hubungan dan jaringan komuniti. Pelbagai aktiviti dan program telah dianjurkan untuk komunti setempat sebagai platform ikatan jaringan sosial, advokasi dan pembangunan ekosistem yang legih kukuh antara pemimpin dan masyarakat. Contohnya, Hari Bersama Komuniti yang telah dijalankan dengan objektif untuk memperkenalkan fungsi dan perkhidmatan PI ini kepada komuniti sekitar Saujana Utama. Melalui program seperti ini, para pemimpin setempat dapat berkumpul dan beramah mesra dalam satu majlis demi permuafakatan sesama komuniti. Seterusnya PI juga ada menganjurkan Program Literasi ICT yang menfokuskan tentang tahap kecelikan IT dan tahap kesedaran masyarakat setempat terhadap arus teknologi masa kini. Dalam program ini, pelbagai taklimat kesedaran telah diberikan dan bengkel ICT juga telah diadakan.


PI juga mampu menjadi pusat informasi dan repositori kepada komuniti. Pengguna boleh hadir untuk menggunakan perkhidmatan internet bagi pelbagai tujuan seperti pendaftaran anak-anak ke sekolah dan universiti, mendapatkan biasiswa serta proses kemaskini Bantuan Sara Hidup yang rata-ratanya memerlukan akses online sebagai keperluan utama. Jadi di sini telah menunjukkan betapa pentingnya PI kepada masayarakat Saujana Utama bagi meneruskan pelbagai urusan harian.


Demi masa depan yang lebih cerah serta ingin perkhidmatan kepada komuniti yang berterusan dalam dunia siber yang serba canggih dan berubah setiap masa ini. Kami berharap pihak SKMM mendengar rintihan dan rayuan kami dan memberi kerjasama untuk terus mengekalkan keberadaan Pusat Internet Saujana Utama ini.

Sekian, Terima Kasih

Rujukan Laman Sesawang berkaitan Pusat Internet Bandar Saujana Utama seperti dibawah:

PI SAUJANA UTAMA

0 have signed. Let’s get to 100!
At 100 signatures, this petition is more likely to be featured in recommendations!