Victory

Petisyen Penangguhan (Anjakan) Minggu Kuliah Akibat Penularan Wabak Covid-19.

This petition made change with 5,509 supporters!


Petisyen ini dibuat agar pihak UniSZA mempertimbangkan semula keputusan untuk melakukan proses PdP atas talian. Oleh itu, kami mencadangkan agar semester ini ditangguhkan demi menjamin kemaslahatan para pelajar.

1. Terdapat beberapa kekangan dalam melaksanakan kelas atas talian :

a. Tidak semua pelajar mampu untuk menampung perbelanjaan kos pakej internet untuk kegunaan PdP atas talian. Pelajar akan menjadi lebih terbeban memandangkan tiada sebarang potongan yuran dilaksanakan.

b. Terdapat segelintir pelajar yang tidak mempunyai komputer riba untuk mengambil bahagian dalam proses PdP atas talian yang bakal dilaksanakan.

c. Sistem e-kelip UniSZA yang tidak mampu menampung jumlah pelajar yang ramai sekali gus akan menyukarkan lagi proses untuk melaksanakan proses PdP atas talian.

d. Proses PdP atas talian hanya mudah secara teori tetapi sukar untuk dipraktikkan kerana kekangan-kekangan yang dialami oleh pelajar ketika berada di rumah.

Pihak UniSZA tidak seharusnya memprejudiskan nasib dan masa depan pelajar demi keuntungan sendiri.



Today: Pelajar is counting on you

Pelajar UniSZA needs your help with “Students: Petisyen Penangguhan (Anjakan) Minggu Kuliah Akibat Penularan Wabak Covid-19.”. Join Pelajar and 5,508 supporters today.