STOP CHARGING ON-JOB-TRAINING (OJT) FEES TO AIRCRAFT MAINTENANCE TRAINEE IN MALAYSIA

0 have signed. Let’s get to 7,500!


Dear YB Anthony Loke (Minister of Transport (MOT) - Malaysia) and YB M.Kulasegaran (Minister of Human Resources (MOHR) - Malaysia),

BM : Kehadapan YB Anthony Loke (Menteri Pengangkutan (MOT) – Malaysia dan YB M.Kulasegaran (Menteri Sumber Manusia (MOHR) – Malaysia),

First of all, we would like to congratulate on your appointment as Ministers for #MalaysiaBaru government of the day. Wishing both of you success in managing your ministries and providing a better service to the nation.

BM : Pertama kali, kami ingin mengucapkan syabas diatas perlantikan anda berdua sebagai Menteri Kabinet di dalam kerajaan #MalaysiaBaru yang terkini. Semoga anda berjaya menguruskan kementerian anda dengan memberikan khidmat yang TERBAIK kepada negara.

A brief introduction about ninermike9M Malaysia team - we are a group of aircraft maintenance professionals who share our knowledge and experiences with the Malaysia young souls who dream to become a Licensed Aircraft Maintenance Engineer (LAE) or Licensed Aircraft Maintenance Technician (LAT).

BM : Satu pengenalan ringkas berkenaan kami, iaitu ninermike9M Malaysia – kami adalah merupakan sekumpulan individu professional yang terlibat dengan penyenggaraan pesawat terbang dengan berkongsi pengalaman dan pengetahuan bersama jiwa-jiwa muda Malaysia yang mempunyai impian untuk menjadi Jurutera Pesawat Terbang Berlesen atau Juruteknik Pesawat Terbang Berlesen.

Our motto speaks for itself: AVIATION-WORTH-SHARING
BM : Motto kami jelas menerangkan apa yang kami perjuangkan iaitu : AVIATION-WORTH-SHARING

1) The main objective of this petition is to highlight to both of you - the "IN-JUSTICE" faced by the Malaysian young souls studying in the aircraft maintenance engineering program at CAAM Part 147 Approved Training Organization (ATO) all over Malaysia.
BM :
1) Objektif utama petition ini adalah untuk menyampaikan kepada anda berdua berkenaan satu “KE-TIDAK- ADILAN” yang terpaksa di hadapi oleh jiwa-jiwa muda Malaysia yang mengikuti pengajian di dalam bidang penyenggaraan pesawat di CAAM Part 147 Approved Training Organization (ATO) di seluruh Malaysia.

2) For your info, a trainee from an ATO must show evidence of On-Job-Training (OJT) or Internship working experience on LIVE OPERATING AIRCRAFT as one of the requirements in accordance with CAAM Airworthiness Notice (AN1101).
BM :
Untuk makluman YB, seseorang pelatih daripada sesebuah ATO perlu menunjukkan bukti-bukti bertulis bahawa beliau telah menjalani On-Job-Training (OJT) atau Internship iaitu pengalaman bekerja dengan LIVE OPERATING AIRCRAFT (pesawat terbang yang diiktiraf selamat untuk terbang) dan ianya memenuhi salah satu syarat yang termaktub didalam undang-undang CAAM Airworthiness Notice (AN1101).

Explanation (a): A trainee from an ATO who pursue a CAAM Part 66 - Category A license will require minimum 1 year (OJT) and for CAAM Part 66 - Category B license will require 2 years (OJT). Without this working experience, the trainee is what we called as "HALF-COOKED" LAE because they do not complete the licensing journey/process i.a.w AN1101.
BM :
Penjelasan (a) : Seseorang pelatih daripada ATO yang mengikuti program perlesenan CAAM Part 66 – Category A (Juruteknik) memerlukan minima 1 tahun (OJT) dan untuk pelatih yang mengikuti CAAM Part 66 – Category B (Jurutera) memerlukan 2 tahun (OJT). Tanpa pengalaman bekerja dengan LIVE OPERATING AIRCRAFT ini, seseorang pelatih itu kami namakan sebagai “HALF-COOKED” LAE di mana perjalanan proses lesen mereka TIDAK LENGKAP sepertimana yang dikehendaki oleh AN1101.

Explanation (b): For non-ATO trainee (i.e. from colleges or universities which are not approved by CAAM , they follow Malaysia Qualifications Agency (MQA) requirements in issuing an academic Diploma. It is not really a BIG issue as they can do their OJT/internship at aircraft parts manufacturing companies or even in a company not related to aviation and can still receive their academic Diploma.
BM :
Penjelasan (b) : Sementara itu untuk pelatih-pelatih yang mengikuti pengajian penyenggaraan pesawat terbang daripada kolej atau university yang TIDAK DI-IKTIRAF oleh CAAM, program mereka lebih menjurus kepada AKADEMIK DIPLOMA iaitu Malaysia Qualifications Agency (MQA). Ianya tidak menjadi isu yang BESAR kerana mereka masih boleh dianugerahkan Diploma akademik walaupun menjalani OJT/internship di kilang-kilang komponen pesawat terbang atau di syarikat-syarikat yang tiada kaitan dengan penerbangan.

A similar example in another professional profession: Doctor / Medical officer (2) years housemanship at government hospital but they DO NOT have to pay anything in order to complete the housemanship.
BM :
Satu contoh yang sama di dalam profession professional adalah : Doktor / Pegawai perubatan yang perlu menjalani “housemanship” di hospital kerajaan selama 2 tahun, namun mereka TIDAK PERLU membayar apa-apa bayaran untuk melengkapkan program housemanship tersebut.


3) Unfortunately, for this "AIRCRAFT DOCTOR" they were charged an average daily-rate of RM30/day by aircraft maintenance organization in Malaysia in order to collect work experiences on live operating aircraft.
BM :
3) Malangnya, untuk “DOKTOR PESAWAT TERBANG” ini mereka telah di kenakan bayaran harian secara purata sebanyak RM30/ sehari oleh organisasi penyenggaraan pesawat terbang di Malaysia hanya untuk mengumpulkan pengalaman bekerja dengan LIVE OPERATING AIRCRAFT.

4) We, at ninermike9M Malaysia HIGHLY condemned this "inhumane" practices by aircraft maintenance organization in Malaysia due to the fact, they are also using these poor young souls as "FREE" labor in their daily operations. Well, it's not really "FREE" per say - the trainees "paid" a hefty amount of money (starting from RM800/person/month) just to collect work experience on aeroplane or helicopter, the correct word will be "PRE-PAID" labor then, the labor is paying the "klepto-taker" in advance - just to collect work experience - the first of its kind in the world.
BM :
4) Kami, di ninermike9M Malaysia SANGAT MEMBANTAH praktis yang ‘TIDAK-BER-PERKEMANUSIAAN” oleh organisasi penyenggaraan pesawat terbang di Malaysia di mana mereka juga menggunakan jiwa-jiwa muda ini sebagai “TENAGA PEKERJA PERCUMA” di dalam operasi harian mereka.
Sebenarnya ianya bukanlah “PERCUMA” lagi, tetapi disebaliknya dimana pelatih-pelatih ini terpaksa mem”BAYAR” pula wang yang banyak (bermula daripada RM800/seorang/sebulan) hanya untuk mengumpulkan pengalaman bekerja dengan kapal terbang atau helicopter.
Kami merasakan gelaran yang paling tepat adalah “TENAGA KERJA PRA-BAYAR”, pekerja perlu membayar kepada “klepto-taker” ini terlebih dahulu untuk mendapatkan pengalaman kerja – yang pertama di dunia.

5) The aviation industry is a CRITICAL industry to all developed nations all over the world. Without full support from the government in ensuring BEST industry standard practices are applied to produce competent aviation personnel such as pilots / LAE's and Air Traffic Controllers (ATC). We can foresee, that Malaysia will be faced with a serious critical shortage of HIGH-quality aviation personnel in the next 10 years. Especially in aircraft maintenance as it took minimum 5 years just to produce a competent Licensed Aircraft Maintenance Engineer.
BM :
5) Industri penerbangan adalah sebuah industry yang KRITIKAL kepada semua negara maju di seluruh dunia. Tanpa sokongan daripada pihak kerajaan di dalam memastikan amalan industri yang TERBAIK didalam menghasilkan tenaga-tenaga kerja yang berkemahiran tinggi seperti juruterbang, jurutera penyenggaraan pesawat terbang dan pegawai kawalan trafik udara, pihak kami meramalkan, negara Malaysia akan menghadapi kekurangan tenaga pekerja yang “BER-KUALITI TINGGI” dalam jangkamasa 10 tahun akan datang. Terutama sekali di dalam bidang penyenggaraan pesawat terbang kerana ia mengambil masa minima 5 tahun untuk menghasilkan seorang jurutera penyenggaraan pesawat terbang yang berkemahiran TINGGI.

6) We hope with this petition, both of your ministries MOT and MOHR can organize a positive discussion with the aviation industry players in Malaysia in removing this "inhumane" OJT fees.
BM :
6) Pihak kami berharap dengan petition ini, kedua-dua kementerian MOT dan MOHR dapat mengadakan perbincangan yang lebih positif dengan industry penerbangan di Malaysia didalam menhentikan bayaran OJT yang “TIDAK BER-PERI-KEMANUSIAAN” ini.

Lastly, let's work together in developing "world-class" Malaysian young souls of Licensed Aircraft Engineers (LAE's) and Technicians and please have a HEART!
BM :
Akhir kata, marilah bekerjasama didalam membangunkan jiwa-jiwa muda Malaysia iaitu Jurutera dan Juruteknik Penyenggaraan Pesawat Terbang yang “BER-TARAF DUNIA” dan kami mohon anda memberikan sepenuh HATI anda didalam menyokong perjuangan mereka.

Thank you for your time and support!

Cheers ;)

ninermike9M Malaysia
#9Maviationworthsharing | #9Myoungsouls | #9Mbreakthesilence

 



Today: ninermike9M Malaysia is counting on you

ninermike9M Malaysia needs your help with “STOP CHARGING ON-JOB-TRAINING (OJT) FEES TO AIRCRAFT MAINTENANCE TRAINEE IN MALAYSIA”. Join ninermike9M Malaysia and 5,882 supporters today.