Sokongan kepada Tuan Haji Yahanis bin Yahya sebagai CEO PPPNP

0 have signed. Let’s get to 200!


Sokongan kepada Tuan Haji Yahanis bin Yahya sebagai CEO Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak:

1. Kami merupakan individu dan kakitangan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak mengucapkan tahniah kepada Pakatan Harapan dengan tertubuhnya Kerajaan baru di negeri Perak ke arah perubahan agenda negeri yang demokrasi , lebih sihat dan telus.

2. Sehubungan itu, kami mahu mengusulkan suara aspirasi kami kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak, YAB Tuan Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu agar melantik;

Tuan Haji Yahanis bin Yahya untuk memenuhi jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baru.

3. Kami merasakan beliau amat layak menjawat jawatan ini berdasarkan prestasi dan latar belakang yang bersih, berpengalaman luas dan matang dengan situasi semasa di negeri Perak. Beliau juga pernah menjawat jawatan CFO di Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak pada tahun 2011 hingga 2013.

4. Terlibat aktif dengan gerakan masyarakat dan mempunyai ‘engagement’ yang luas dengan Kerajaan Negeri, Ketua Jabatan, NGO-NGO dan badan-badan politik di negeri Perak, beliau sangat layak untuk meneruskan kecemerlangan dan kegemilangan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak selaku agensi Badan Berkanun Negeri.

5. Kami mengusulkan cadangan ini dipertimbangkan oleh YAB Menteri Besar Perak.

 

 



Today: Taiko is counting on you

Taiko Ladang needs your help with “Sokongan kepada Tuan Haji Yahanis bin Yahya sebagai CEO PPPNP”. Join Taiko and 116 supporters today.