SKMM DAN MENTERI PERLU SEKAT APLIKASI SUGAR BOOK

0 have signed. Let’s get to 10,000!


Kami rakyat Malaysia dan ibu bapa yang prihatin,

Dengan ini meminta agar aplikasi Sugar Book disekat dalam Malaysia. 

Kamus Cambridge mentafsirkan bahawa Sugar Daddy bermaksud: a rich and usually older man who buys presents for or gives money to a younger person, especially a woman, usually so that the younger person will spend time with him and have a sexual relationship with him.

Apabila aplikasi menawarkan khidmat kepada "sugar daddy" dan memudahkan orang ramai menyertainya, ia membawa maksud negatif, pemerdagangan manusia dan pelacuran. 

Poster dari syarikat berkenaan yang menunjukkan ribuan mahasiswi universiti menyertainya bagi mencari "sugar daddy" dan sebalik, merisaukan kami semua.

Anak-anak kami berisiko dipengaruhi oleh budaya hidup yang tidak bermoral ini di peringkat universiti. Ini bertentangan dengan tujuan seseorang belajar di peringkat tinggi iaitu untuk berjaya dan menjadi seorang yang lebih bermoral.

Maka dengan ini kami menuntut Menteri Komunikasi dan Multimedia serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia agar menyekat aplikasi dan web berkenaan seperti yang berlaku kepada daesh dan nombor-nombor perjudian.

-Gerakan Ibu Bapa dan Rakyat Malaysia Prihatin.