PENAMATAN LANTIKAN SYED AZMI SEBAGAI: PENASIHAT MBKK WPKL & PEMEGANG AMANAH YKN KPWKM

PENAMATAN LANTIKAN SYED AZMI SEBAGAI: PENASIHAT MBKK WPKL & PEMEGANG AMANAH YKN KPWKM

0 have signed. Let’s get to 150,000!
At 150,000 signatures, this petition becomes one of the top signed on Change.org!
FIRDAUS ASHAJ started this petition to YB DATUK SERI RINA BINTI MOHD HARUN (Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga Dan Masyarakat) and

UNTUK UPDATE TERKINI BOLEH LAYARI : 

1) Twitter - Firdaus Ashaj https://mobile.twitter.com/firdausashaj

2 ) Instagram Firdaus Ashaj https://www.instagram.com/firdausashaj/?hl=en

3) Facebook Puan Mona Din https://www.facebook.com/mona.din.3

4) Facebook Aliff Ahmad https://www.facebook.com/aLiph.My/ 

 

1.     LATAR BELAKANG

Bella, seorang gadis remaja OKU Sindrom Down berusia 13 tahun yang disyaki telah didera semasa berada di bawah jagaan Pusat Perlindungan Rumah Bonda. Menurut sumber, keadaan beliau semasa ditemui oleh seorang aktivis sosial pada tarikh dan seterusnya menghantar beliau ke Hospital Kuala Lumpur. Bella telah menjalani rawatan selama 10 hari akibat kesan kecederaan yang dialami oleh beliau. Kes beliau telah dilaporkan kepada pihak polis pada 24 Jun 2021 dan kini sedang dibicarakan di mahkamah kanak-kanak Putrajaya.  

Susulan itu, penjagaan Bella telah dikembalikan kepada Jabatan Sinar Harapan, Negeri Sembilan. Berdasarkan hasil siasatan, ibu angkat dan penjaga Bella, Cik Siti Bainun binti Ahd Razali telah dihadapkan dengan dua pertuduhan iaitu pengabaian dan penganiayaan kanak-kanak di bawah Seksyen 31, Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611).  

 

Pusat Perlindungan Rumah Bonda

Susulan daripada  isu adik Bella, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menyita rumah penjagaan dan perlindungan, Rumah Bonda, di Wangsa Maju, di sini selepas notis mengosongkan kediaman berkenaan dikeluarkan pada 9 Julai lalu. Pengarah JKM Bahagian Kebajikan Produktif Wilayah Persekutuan, Che Samsuzuki Che Noh berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan ke atas rumah jagaan berkenaan kerana didapati tidak pernah mendaftar operasi dengan agensi tersebut.

 

2.     PEMERHATIAN 

Berdasarkan rujukan daripada sumber yang berkaitan, siasatan kes pengabaian dan penganiayaan Bella hanya melibatkan ibu angkat dan penjaga Bella iaitu, Cik Siti Bainun. Walau bagaimanapun, didapati bahawa terdapat juga penglibatan Syed Azmi Alhabshi dalam kes ini di mana beliau adalah merupakan Penasihat dan Pengasas Bersama Pusat Perlidungan Rumah Bonda.

 

Latar belakang Syed Azmi Alhabshi 

Siapa tidak kenal Syed Azmi Alhabshi, seorang aktivis sosial bersemangat besar dalam melakukan kerja-kerja kebajikan dan kemasyarakatan. Kes-kes yang dikendalikannya mendapat perhatian banyak pihak, bermula dengan kes menyentuh keluarga sehingga memperjuangkan hak dan nasib kanak-kanak dan remaja, termasuk isu buang dan jual bayi serta pedofilia yang hangat diperkatakan. Walaupun perkongsiannya di halaman Facebooknya sering dikritik, tetapi pada masa sama beliau meraih banyak sokongan sehingga membuka mata pihak berkuasa dalam membela nasib masyarakat terutama mangsa. 

 

3.     JUSTIFIKASI

3.1 JUSTIFIKASI PENAMATAN LANTIKAN SYED AZMI ALHABSHI SEBAGAI PENASIHAT MAHKAMAH KANAK-KANAK WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Syed Azmi Alhabshi telah dilantik sebagai Penasihat Mahkamah Kanak-Kanak Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 12 Oktober 2021 oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri di bawah Subsekyen 11(2) Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611). Antara tanggungjawab beliau selaku penasihat adalah:

1.     Penasihat MBKK berperanan untuk menasihati mahkamah atau Majistret MBKK. Majistret juga perlu untuk mendapatkan dan merekod pendapat setiap penasihat sebelum sesuatu keputusan tentang perintah diberikan kepada pesalah kanak-kanak.

2.     Penasihat MBKK boleh memberi syor atau pandangan kepada Majistret supaya hukuman terhadap kanak-kanak dikurangkan atau ditambah. 

3.     Malah penasihat MBKK boleh bertindak sebagai pihak yang berperanan untuk memastikan proses mitigasi di mahkamah berjalan lancar apabila seorang kanak-kanak telah mengaku bersalah. 

4.     Antara nasihat yang lazim diberikan oleh penasihat MBKK adalah berkaitan peranan ibu bapa dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran keibubapaan dalam pendidikan anak-anak, perancangan masa depan kanak-kanak sama ada dari segi akademik atau latihan kerjaya, menasihati aspek keagamaan dan kerohanian seperti bersolat, berpuasa, meninggalkan yang tidak baik dan lain-lain, memberikan kesedaran mengenai kesan dan akibat sesuatu perbuatan yang dilakukan yang boleh memudaratkan diri sendiri, keluarga dan masyarakat, menasihati berkaitan risiko terhadap keselamatan dan masa hadapan kanak-kanak, menerangkan bentuk sumbangan ibu bapa atau penjaga kepada kesejahteraan kanak-kanak, memberikan contoh contoh positif mengenai ciri-ciri ibu bapa atau penjaga yang sesuai serta teguran berhemah untuk menjadi ibu bapa atau penjaga yang lebih baik serta meningkatkan pengetahuan ibu bapa atau penjaga terhadap perkembangan kanak-kanak. 

(Sumber : Kedudukan Dan Peranan Penasihat Mahkamah Bagi Kanak-Kanak Dalam Sistem Keadilan Jenayah Kanak-Kanak Di Malaysia: Isu Dan Cabaran - Norazla Abdul Wahab1* , Nur Zulfah Md Abdul Salam2 & Hammad Mohamad Dahalan3 1 Jabatan Undang-Undang, Fakulti Syariah Dan Undang-Undang, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis)

 

Walau bagaimanapun, berdasarkan penglibatan beliau dalam kes pengabaian dan penganiayaan Bella, didapati peranan beliau sebagai Penasihat Mahkamah Kanak-Kanak Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah dianggap tidak berintegriti. Pelantikan beliau tersebut boleh menjejaskan imej Kerajaan untuk memastikan tiada conflict of interest dalam mana-mana kes di bawah Akta 611. Memandangkan beliau juga merupakan Penasihat dan Pengasas Bersama Pusat Perlidungan Rumah Bonda berlokasi di Kuala Lumpur, sehubungan itu terdapat conflict of interest dalam peranan beliau sebagai Penasihat Penasihat Mahkamah Kanak-Kanak Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sehubungan itu adalah tidak wajar beliau dilantik sebagai Penasihat Penasihat Mahkamah Kanak-Kanak Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kerana akan timbul unsur-unsur biase dalam kes pengabaian dan penganiayaan kes Bella. 

 

3.2 JUSTIFIKASI PENAMATAN LANTIKAN SYED AZMI ALHABSHI SEBAGAI  AHLI PEMEGANG AMANAH YAYASAN KEBAJIKAN NEGARA (YKN) 

Syed Azmi Alhabshi juga telah dilantik sebagai Ahli Pemegang Amanah (APA) Yayasan Kebajikan Negara (YKN) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Berdasarkan penubuhannya, YKN bertindak sebagai satu badan yang memajukan kebajikan dan pembangunan rakyat Malaysia, khususnya dalam kebajikan kanak-kanak dan keluarga. 

Selaras dengan peranan YKN kepada masyarakat, dipercayai Ahli-ahli Pemegang Amanah YKN seharusnya memiliki sikap dan tanggungjawab yang tinggi dalam menjamin kebajikan kanak-kanak dan keluarga dilindungi. Dalam hubungan ini, peranan Syed Azmi Alhabshi selaku APA YKN antara lain, seharusnya membantu dalam menjamin kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak di Malaysia.

Namun, sikap dan tingkahlaku beliau adalah bercanggah dengan peranan tersebut di mana beliau didapati tidak memperjuangkan kes pengabaian dan penganiayaan Bella seperti mana kes-kes sebelum ini. Selain daripada itu beliau juga turut gagal untuk memastikan Rumah Bonda didaftarkan secara sah di bawah JKM Kuala Lumpur. Hal ini tidak dapat dinafikan lagi kerana beliau merupakan Penasihat dan Pengasas Bersama Pusat Perlindungan Rumah Bonda, premis di mana kejadian pengabaian dan penganiayaan Bella dipercayai telah berlaku dan beroperasi secara haram. 

Berikutan itu, beliau didapati tidak layak untuk dilantik sebagai APA YKN kerana pelantikan beliau boleh menjejaskan kepercayaan masyarakat terhadap YKN dalam mencapai objektif organisasi tesebut. Ini secara tidak langsung akan menjejaskan sokongan rakyat kepada Kerajaan memandangkan YKN adalah merupakan salah satu organisasi bernaung di bawah Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat. 

 

SYOR 

Dikemukakan syor petisyen kepada YB bagi penamatan lantikan Syed Azmi Alhabsi sebagai Penasihat Mahkamah Kanak-Kanak Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Ahli Pemegang Amanah Yayasan Kebajikan Negara serta merta atas justifikasi seperti yang dinyatakan di perenggan 3 memorandum ini.

Selaras dengan syor tersebut, dimohon agar YB dapat menggesa dan mencadangan kepada YBrs. Tuan Haji Mohd Nawardi bin Saad, selaku Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia untuk menyenarai hitamkan Syed Azmi dan kesemua Ahli Jawatan Kuasa Pertubuhan Kebajikan Rumah Bonda Kuala Lumpur yang di percayai telah beroperasi secara haram sejak dari tahun 2019. Disyorkan juga tindakan pendakwaan teehadap Rumah Bonda dijalankan. Adalah diharap dengan tindakan yang tegas terhadap Syed Azmi Alhabshi dapat dijadikan tindakan precedent bagi memastikan tiada kes seumpannya berulang seterusnya meningkatkan sokongan rakyat kepada Kerajaan melalui peranan YB selaku Menteri Wanita, Keluarga dan masyarakat.

 

Sekian Terima Kasih, 

 

 

 

Disediakan oleh,

 

MUHAMAD FIRDAUS IBNIL HAJAR 

(Pensyarah & Aktivis Kanak-Kanak)

 

FATIHAH JAMHARI 

(Peguam & Aktivis Kanak-Kanak)

 

MEGAT SYAZLEE BIN MOKHTAROM 

(Peguam & Aktivis Kanak-Kanak)

 

0 have signed. Let’s get to 150,000!
At 150,000 signatures, this petition becomes one of the top signed on Change.org!