Sokongan Terhadap Pengekalan Nama Pusat Fizik dan Bahan Novel

0 have signed. Let’s get to 100!


Cadangan mengekalkan nama asal 3 pusat yang diluluskan di peringkat Senat

PUSAT FIZIK DAN BAHAN NOVEL

Nama asas sains fizik, kimia dan matematik – perlu kekal untuk tujahan kekuatan sains asas memacu kepada penyelidikan translasional (Manakala Program Fizik, Program Kimia dan Program matematik adalah program pengajaran)

1.     International Physics Olympiad di bawah Pusat Pengajian Fizik Gunaan – berjaya melatih dan melahirkan pelajar-pelajar yang mahir dan cekap di dalam fizik fundamental dan diiktiraf diperingkat antrabangsa. Pembuangan nama fizik di dalam pusat akan memberi kesan kepada program ini yang ditindik dibawah Pusat Pengajian yang merangkumi Fizik, Sains Nuklear dan Sains Bahan.

2.     (i)Kekuatan sesuatu Pusat adalah terletak kepada kumpulan penyelidikan yang sedia ada untuk memacu pusat tersebut. Ianya tidak bergerak mengikut kapasiti individu.

(ii) Kumpulan penyelidikan di dalam bidang fizik, sains nuklear dan  bahan telah berkembang melalui beberapa kumpulan penyeldikan yang dikenali diperingkat kebangsaan dan antarabangsa. Kumpulan inilah yang telah memartabatkan penyelidikan di Pusat Pengajian Fizik Guanaan (PPFG). Setiap ahli di dalam kumpulan mempunyai kekuatan yang tersendiri. Justeru itu memisahkan ahli kumpulan kepada pusat pusat yang lain akan menggangu pergerak penyelidikan. Kumpulan penyelidikan yang sedia ada di PPFG ini telah bergerak melakukan penyelidikan rentas bidang dengan Institut dan beberapa Fakulti di UKM. Penyelidikan di dalam bidang bahan di UKM mempunyai ranking 200 teratas di dunia.

3. Semua jaringan antarabangsa yang luas dan kukuh telah terbina melalui kapasiti penyelidikan berteraskan Fizik Gunaan. Antara jaringan luar adalah antara BOKU, Flinders, KAIST, Kyushu, Durham, Leicester, Tokyo-Tech dan sebagainya. Antara masalah yang akan timbul ialah masalah capaian oleh pihak luar (industri dan kerajaan) sebagai pakar rujuk, sekiranya ahli berada di pusat penyelidikan yang berbeza.

4. Penghapusan penggunaan perkataan ‘Fizik’ dalam nama pusat akan menggugat kedudukan bidang Fizik dan Bahan dalam THE dan QS World University Ranking.

5. Secara praktikalnya, semua universiti terkemuka di luar negara menggunakan nama teras displin sains bagi menggambarkan kepakaran ahli. Contoh:

(i) MIT – Department of Physics

(ii) Oxford University - Department of Physics

(iii) Harvard - Department of Physics

6. Majoriti ahli tidak bersetuju dengan nama baru yang dikemukakan kerana ia tersasar jauh dari teras displin dan tidak menggambarkan kepakaran sebenar ahli.



Today: N is counting on you

N A needs your help with “Sharifah Nabihah: Sokongan Terhadap Pengekalan Nama Pusat Fizik dan Bahan Novel”. Join N and 14 supporters today.