Mari Sokong Ekonomi Muslim Malaysia

Mari Sokong Ekonomi Muslim Malaysia

0 have signed. Let’s get to 100!
At 100 signatures, this petition is more likely to be featured in recommendations!
Buy Muslim First started this petition to Semua Muslim di Malaysia and

Kempen utamakan produk muslim yang digerakkan sendiri oleh rakyat Malaysia perlu dilihat secara positif dan keluar dari 'kotak' isu perkauman.

Perkembangan kempen itu juga wajar dinilai secara positif daripada sudut persaingan sihat seperti perang harga barang yang mampu memberi kelebihan kepada pengguna dan juga peniaga.

Menurut Yang Dipertua Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL), Samsudin Mohamad Fauzi, tiada isu perkauman atau menyentuh sensitiviti mana-mana masyarakat kecuali dibangkitkan sendiri oleh pihak tidak bertanggungjawab

"Kempen sedemikian menunjukkan gelombang kuasa pengguna sedang digerakkan oleh rakyat sendiri dan hal ini sepatutnya mewujudkan persaingan secara sihat dalam kalangan peniaga dan memecah monopoli perniagaaan oleh sesetengah pihak.

"Kempen ini juga tidak wajar dilihat sebagai cubaan menyentuh sensitiviti masyarakat, pihak berkuasa patut menangkap mereka yang cuba mencetuskan isu perkauman menerusi gerakan tersebut," katanya ketika dihubungi Utusan Online hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan sesetengah pihak bahawa terdapat campur tangan parti politik tertentu dan wujud cubaan mengheret isu perkauman dalam kempen utamakan produk muslim yang digerakkan sendiri oleh rakyat Malaysia.

Dalam pada itu, Samsudin juga meminta supaya kerajaan kurangkan campur tangan kempen tersebut kerana kuasa membeli adalah terletak di tangan pengguna.

"Kerajaan kurangkan campur tangan, biar rakyat atau pengguna yang menentukan hala tuju perniagaan kerana impak positif yang boleh dilihat adalah berlaku pengurangan harga kerana wujud persaingan sihat," ujarnya. - UTUSAN ONLINE

0 have signed. Let’s get to 100!
At 100 signatures, this petition is more likely to be featured in recommendations!