Latheefah Koya harus letak jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM

0 have signed. Let’s get to 10,000!

Dr. Tan Yee Kew Tan
Dr. Tan Yee Kew Tan signed this petition

Perlantikan Latheefah Koya adalah bertentangan dengan prinsip Pakatan Harapan yang mahukan tiada sebarang lantikan politik bagi jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Prinsip Pakatan Harapan untuk memastikan SPRM sebagai sebuah badan bebas dari lantikan politik telah dicemari.

Tiga Perkara Bukti Pelantikan Ketua SPRM Wajib Dibantah!

  1. Perkara pertama ialah PROSES pemilihan, yang sepatutnya ditentukan oleh PARLIMEN melalui Jawatankuasa Khas dan bukan lagi lantikan oleh PMO.
  2. Perkara kedua ialah PERSONAL yang dipilih, harus dari kalangan penjawat awam, selari dengan apa yang telah termaktub dalam akta SPRM itu sendiri.
  3. Perkara ketiga ialah JANJI pilihanraya (jika berjaya membentuk kerajaan) untuk memastikan lantikan jawatan agensi integriti seperti SPRM wajib bebas dari kalangan ahli politik.

Di atas nama Malaysia Baru, tiada satu pun perkara di atas yang mengizinkan perlantikan Latheefa Koya sebagai Pengerusi SPRM.

Justeru, saya membantah keras perlantikan yang bersifat autokratik ini, yang menjadikan kita selangkah ke belakang. Ini sangat tidak progressif dan harus dilawan atas prinsip.

Saya menjemput semua teman untuk SIGN PETITION ini sebagai tanda bantahan awal. Terima kaseh.


Want to share this petition?