Selamatkan Orang Asli Pos Lanai daripada Perlombongan Lanthanide!

Selamatkan Orang Asli Pos Lanai daripada Perlombongan Lanthanide!

0 have signed. Let’s get to 10,000!
At 10,000 signatures, this petition becomes one of the top 5% on Change.org in the UK!

Parti Sosialis Malaysia started this petition to Menteri (Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA)) and

Merenung Pada Sejarah

Sudahkah kita lupakan apa yang telah terjadi kepada Orang Asli Bateq di Kuala Koh, Kelantan? Perlombongan Manganese di kawasan itu menyebabkan beberapa Orang Asli berpenyakit dan meninggal dunia kerana keracunan sumber air.

Kesucian tanah leluhur mereka telah terancam berkali-kali sebelum ini, dengan pencerobohan syarikat pembalakan, syarikat perlombongan, pembinaan (Empangan Telom) dan pencemaran sungai.

Hanya selepas 5 tahun berprotes secara intensif terhadap pembinaan Empangan Telom, barulah projek itu dibatalkan oleh kerajaan. Tetapi, kini, Orang Asli Pos Lanai diancam dengan pencerobohan sekali lagi untuk aktiviti perlombongan ini. 

Setelah bertahun-tahun memprotes pencerobohan yang tidak berkesudahan, Kg Pos Lanai, penempatan Orang Asli Semai kini terganggu LAGI, dengan ancaman perlombongan Nadir Bumi yang akan meracuni tanah dan sungai mereka serta memusnahkan hutan leluhur mereka melalui kerja pembalakan.

Kemana Orang Asli Pos Lanai akan pergi jika ini terjadi?

Selepas pengalaman kilang nadir bumi Lynas, kini Kerajaan Negeri Pahang sekali lagi mempertimbangkan pelaksanaan suatu perlombongan nadir bumi pula.  

Lokasi

Perlombongan ini akan berlaku di tengah-tengah Hutan Simpanan Hulu Jelai. Ia akan menjadi projek perlombongan yang paling mencemari alam sekitar sehingga kini. Ia akan melibatkan 660 hektar hutan (sama dengan 924 padang bola) dan bakal memberi kesan kepada lebih dari 300 keluarga di enam kampung.

Penduduk

Orang Asli Semai telah tinggal di sepanjang kawasan Central Forest Spine yang menghubungkan kawasan hutan Hulu Jelai selama beratus-ratus tahun. Mereka telah menjadikan hutan ini sebagai rumah mereka. Orang Asli menjadi penjaga hutan, gunung dan sungai sebelum peradaban moden menyedari kepentingan hutan dan ekosistem semula jadi untuk mengawal perubahan Iklim. Dan sekarang, kerana kerakusan korporat dan polisi pemerintah yang tidak mengambil endah, penjaga hutan ini diancam pengusiran paksa dari tanah adat mereka, sekaligus menghapuskan cara hidup mereka.

Bantahan dari Warga Pos Lanai

Orang Asli Pos Lanai telah menghantar memorandum dan protes, menyuarakan bantahan keras melalui media massa terhadap kegiatan sedemikian yang langsung tidak prihatin terhadap hutan simpanan dan kehidupan Orang Asli.

Kemudaratan Perlombongan Nadir Bumi Lanthanide.

Laporan awal oleh perunding EIA kepada Jabatan Alam Sekitar menyatakan proses perlombongan ini melibatkan kerja menanam paip ke dalam tanah hutan dan mengepam bahan kimia ke dalam tanah untuk mengeluarkan mineral Lanthanide (Nadir Bumi).

Aktiviti ini akan mengakibatkan:

• Tumpahan toksik ke dalam sistem sungai serta hakisan tanah
• Keracunan kepada flora dan fauna yang bergantung kepada sistem air hutan
• Kemudaratan kesihatan kepada penduduk di kawasan Pos Lanai dan penduduk sepanjang Sg Telom dan Sg Pahang yang mendapatkan sumber air untuk minuman. 

Perlombongan sebegini ini tidak pernah dilakukan di kawasan hutan tropika - kemudaratannya itu tidak dapat dibayangkan.

Sekarang, Jawatankuasa Bertindak Tanah dan Wilayah Adat OA Pos Lanai memerlukan sokongan anda untuk melawan Kerajaan Negeri Pahang dan syarikat-syarikat pencerobohan.

Setiap "projek pembangunan" yang dicadangkan diatas tanah leluhur bukanlah dilakukan untuk rakyat tetapi untuk keuntungan segelintir syarikat dan ahli politik negara.

Hutan ini memberi makna yang dalam kepada Orang Asli; Mengambilnya dari mereka bererti menghancurkan mata pencarian, rumah, sejarah, dan budaya mereka - Ini adalah suatu tindakan keganasan.

Selamatkan Komuniti Orang Asli Pos Lanai - Sain petisyen ini sekarang!!

For petition information in English, please visit: https://saveposlanai.wixsite.com/website

0 have signed. Let’s get to 10,000!
At 10,000 signatures, this petition becomes one of the top 5% on Change.org in the UK!